Peringatan

Pihak MTPANSM meminta semua pelajar Negeri Sembilan Mesir untuk mematuhi pekeliling keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.


Maklumat terbaru yang diterima daripada Command Center, kawasan Medan Tahrir telah dikenal pasti sebagai kawasan berbahaya ( oren ), kawasan Sayyidah Zainab berjaga-jaga ( Kuning )


Elakkan sebarang urusan di Tahrir dan juga urusan di waktu malam. Sebarang maklumat hendaklah dipastikan dengan pihak berwajib. Sebarang masalah juga hendaklah dimaklumkan kepada Pegawai RNSK dan juga exco MTPANSM.


Berkesinambungan dari itu, mohon kerjasama semua pelajar Negeri Sembilan Mesir untuk mengemaskini maklumat peribadi seperti no telefon di Mesir dan Malaysia, alamat tempat tinggal di Mesir dan Malaysia, alamat email ( jika ada perubahan ) dengan kadar segera kepada exco MTPANSM.


Kerjasama semua pihak amatlah diharapkan.


Sama-samalah kita berdoa supaya Allah melindungi kita semua dari sebarang ancaman dan bahaya, serta mentakdirkan takdir yang terbaik untuk Mesir & rakyatnya.


Terima Kasih.







Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]