Lisanul Haq ; edisi khas eid adha
KORBAN ,TERKORBAN DAN TERUS BERKORBAN
ALLAHU
AKBAR..ALLAHU AKBAR.. WA LILLAHILHAMD..Bertakbirlah ,bertahmidlah dan
bertahlillah sahabat- sahabat , agar ia bisa
mencairkan hati –hati kita, agar kita dapat merasakan keizzahan Allah subhanahu wataala.
Situasi 1
“Ayah,
kenapa nak sembelih lembu tu, Aniq
kesian lah tengok die..” si anak menarik baju ayah sambil memandang
simpati.
“Aniq,
jangan kesian dengan die..nanti tak boleh makan..”Jawab si ayah menasihatkan.
Sahabat,
sahabat yang dikasihi,
Inilah
fakta yang sering kita temui, benarkah ia begitu?Jika kita berada di Malaysia
pada hari ini dan ditanya dengan persoalan sebegini adakah kita mampu
menjawabnya?
Situasi 2
“Jang,
tolong pak cik sembelih kambing ni. Pak Cik ni dah tak kuat.Lepas ni karang
kamu tolong lapah pula ya..”
“Er.. er..
saye tak hafal niat la pak cik..
Situasi 3
“Una, nanti
bolelah bagi tazkirah sempena raya korban ni ya, maklumlah baru balik dari
Mesir.. fresh lagi ni..”
“Saye tak
berape nak belajarlah tajuk ni , macam tak de dalam muqarar je..” jawab Una di
dalam hati.
Sahabat
–sahabat,
Sudahkah
anda bersedia dengan situasi-situasi
ini?
Moga
sahabat- sahabat dapat membaca artikel ini hingga ke noktah yang terakhir.
Sempena Hari Raya Aidil Adha , kami ingin mengajak anda merenung sejenak tentang
makna korban sebagai seorang pelajar
1- MENDEKATKAN
DIRI KEPADA ALLAH TAALA
ERTI KORBAN :
KORBAN DI
DALAM AL-QURAN ,HADIS DAN SEJARAH
|
IKTIBAR
YANG PERLU DIHAYATI
|
MAKNA
KORBAN PENUNTUT ILMU
|
1.Kisah
pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran
Nabi Sulaiman alaihimassalam.
-Firman
Allah :
Maka ketika anak itu sampai pada umur sanggup
berusaha bersamanya ,(Ibrahim) berkata : Wahai anakku sesungguhnya aku
bermimpi menyembelihmu, maka fikirkanlah apakah pendapatmu?” Anaknya menjawab
, Wahai ayah! jalankanlah apa yang
diperintahkan kepadamu , insyaAllah
ayah akan mendapati diriku dari orang yang sabar.” (as-saffat :102)
•
Allah subhanahu wataala menukarkan korban ini dengan kibas.
-Firman
Allah:
Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor
binatang sembelihan yang besar.
(as-saffat:107)
|
•
Ketaatan kepada Allah melebihi kecintaan kepada dunia termasuk
kepada anak dan ayah.
•
Berusaha melaksanakan perintah Allah subhanahu wataala tanpa alasan.
•
Allah berikan ganjaran kepada hambanya yang berusaha .
•
Secara hurufiahnya kesempurnaan penyembelihan haiwan bermaksud
membunuh segala sifat –sifat binatang didalam hati manusia.
|
•
Seorang penuntut ilmu perlu mengutamakan ketaqwaan kepada Allah
subhanahu wataala .
•
Sifat taqwa yang ada dalam
penuntut ilmu akan menyebabkan adanya praktikal ihsan dalam hidup .
•
Penuntu ilmu harus merasakan proses menuntut ilmu adalah amanah kerana ia adalah perintah Allah.
•
Berusaha menuntut ilmu dan meraih kejayaan untuk islam tanpa ada
sebarang alasan
•
Penuntut ilmu harus yakin dengan pertolongan Allah.
•
Penuntut ilmu harus korbankan masa rehat, berhibur,wang ringgit
untuk kejayaan yang akan menaikkan nama islam.
|
2.Allah
subhanhu wataala menekankan dalam al –quran bahawa korban yang sampai kepada
Allah adalah yang ikhlas
-Firman
Allah subahnahu wataala:
Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sesekali sampai kepada
Allah, tetapi yang sampai kepadaNya adalah amal yang ikhlas yang berdasarkan
taqwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang –binatang itu bagi kamu
supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. ( surah al-hajj :37)
|
•
Segala amalan dikira dengan keikhlasan
•
Simbolik bahawa manusia merupakan khalifah di muka bumi ini, haiwan-
haiwan pula ditundukkan untuk kegunaan manusia.
•
Membesarkan Allah dengan nikmat yang dikurniakan
|
•
Penuntut ilmu perlu ikhlas dalam menunutut ilmu, sifat ikhlas
menyebabkan mereka melakukan amal dengan bersungguh –sungguh tanpa menunggu
ganjaran dunia.
•
Penuntut ilmu wajib sedar mereka merupakan khalifah bagi diri mereka
sendiri untuk menghasilakan MUMTAZ dunia dan akhirat.
•
Apabila berjaya , penuntut ilmu membesarkan Allah dan tidak pernah
membesar diri, malahan tetap merasa diri amat jahil.
|
3.Rasulullah
sallallahu alaihi wasalam pernah bersabda maksudnya,
“Tidaklah anak Adam mengerjakan sesuatu
pekerjaan pada hari korban yang lebih dicintai Allah dari mengalirkan darah
haiwan korban. Sesungguhnya haiwan tersebut akan datang pada hari kiamat
dengan tanduk, kuku, dan bulunya .Sesungguhnya darah haiwan akan diterima
Allah sebelum jatuh di tempat sembelihnya .Maka sucikanlah diri kamu dengan
menyembelih haiwan korban.”
Hadis
Riwayat Ibnu Majah dan Timizi.
|
•
Menyucikan diri dari sebarang penyakit hati dan juga segala
dosa-dosa yang mungkin melekat di dasar jiwa
|
•
Penuntut ilmu haruslah membersihkan hati dari maksiat, dosa dan
penyakit- penyakit jiwa yang keji kerana ilmu tidak akan singgah pada hati
yang berkarat dan kotor.
•
Mumtaz tanpa jiwa yang suci adalah sia-sia.
|
Semoga hari ini kita dapat
sama-sama melaksanakan ibadah korban atau menyaksikannya, jangan dibiarkan
haiwan sahaja yang terkorban bahkan korbankan bersama sifat- sifat kehaiwanan yang ada di dalam
diri, dan bersamalah kita terus berkorban
sebagai penuntut ilmu yang berjaya di dunia dan akhirat!
Comments
Post a Comment