Dia datang,, adakah kita menyambutnya..?



Dia datang dengan penuh janji, penuh kegembiraan, sapaan penuh kemesraan.. namun acap kali ia dipersiakan. Begitulah kelazimnya, kerana sang kekasih takkan merindui kekasihnya jika ikatan kasih antara mereka belum bersemi. Namun dia tetap kan datang penuh ketaatan sebagai tanda luasnya rahmat ilahi. Ayuh, sedarlah kedatangannya! Jangan lepaskan  ia pergi tanpa ada apa- apa yang akan menjadi saksi di penghujung hari.

Sahabat- sahabatku,
Dia yang ku maksudkan adalah 10 awal Zulhijjah..Apakah kita sudah benar- benar meraikannya?
Allah subhanahu wataala  berfirman :
Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil” ( surah al-buruj ayat 1-3
)
Ibnu kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan zulhijjah, beliau mengambil pandangan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil itu ialah hari arafah.

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan  
Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”

Sahabat - sahabat sekalian,
Kami ingin mengingatkan diri dan juga kalian untuk bersungguh -sungguh meraikannya. Bukankah ia hadiah yang di kurniakan Allah kepada kita?

Oleh itu kami menyarankan diri dan kalian dengan beberapa  amalan yang boleh diusahakan:

1.Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya  terutamanya pada hari ‘Arafah .
Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

2.Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya,
Mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :
Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a
yang baik.

3.Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, diriwatkan oleh Abu Hurairah Radhiallah anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).

4.  Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut

5. Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

6.Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah.

7.Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.

Sahabat- sahabat,

 Marilah kita gunakan masa sebaiknya kerana umur yang kita miliki ini mungkin kan terhenti sebentar lagi, bahkan telah nyata umur umat akhir zaman ini pendek .. Namun Allah subhanahu wataala tidak zalim dengan kita kerana Allah kurniakan pada kita hari -hari yang tertentu yang di dalamnya terdapat ganjaran yang berlipat ganda. Ayuh..kita raikan!








EXCO DAKWAH & TARBIYAH MTPANSM 2011 


























Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]