Ziarah ke Mansurah



RABU,  26 Oktober 2011 –  Majlis Tertinggi Pengurusan Anak Negeri Sembilan Mesir telah menghadiri jemputan daripada Persatuan Perubatan Mesir cawangan Mansurah bagi memberi taklimat pengurusan MTP  dan suai kenal didalam majlis bersama para pelajar baru yang tergolong dari anak-anak Negeri Sembilan. Seramai enam orang exco MTP diketuai oleh Pengerusi , Ustaz Ahmad Badrul Hisyam Syah menghadiri majlis ini.Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh wakil perubatan mansurah Dr Amar seterusnya taklimat pengurusan dan suai kenal yang disampaikan oleh Pengerusi MTP. Borang  keahlian turut diedarkan kepada pelajar perubatan lama mahupun baharu bagi pengurusan data pelajar Negeri Sembilan Mesir. Pihak MTP mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak perubatan kerana sudi menjemput dengan layanan yang istimewa. Mudah-mudahan ziarah yang telah diadakan ini akan dapat memupuk satu ikatan yang erat sesama organisasi  dan dapat mewujudkan ruang-ruang kerjasama yang lebih erat demi kemaslahatan ahli.

 Rombongan seterusnya melawat ahli MTP  iaitu pasangan Ustaz Firdaus dan Ustazah Ummu Hani yang baru sahaja menimang cahaya mata yang pertama di rumah mereka .






Sedikit buah tangan dan cenderahati disampaikan oleh pihak MTP dan kami mengucapkan jutaan tahniah kepada pasangan ini. Semoga bahagia dan diredhai Allah hendakNya.

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]