Majlis Sambutan Aidil Adha 2011
Kaherah, 4-6 november
2011,Exco Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak
Negeri Sembilan Kaherah Mesir, telah
menganjurkan Majlis Sambutan Aidil Adha, majlis ini disambut selama 3 hari, mulai
hari jumaat, sabtu dan ahad. Majlis ini disertai oleh mahasiswa/wi negeri
sembilan.
Hari
pertama,majlis dimulai dengan qiamulail berjemaah pada pukul 4.00 pagi
bertempat di musolla Syeikh Abdul Qadir
aljailani. Kemudian, solat subuh berjemaah seawal pukul 5.00 pagi..
Kemudian program diteruskan pada hari kedua dengan
program Tadarus Alqu’ran ,yang mana, setiap dari kalangan ikhwah dan akhawat
ditaklifkan satu juzuk dan puasa hari arafah . Kemudian sekitar jam 4.30 petang
majlis khatam Alqu’ran . Pada jam 5.15 petang majlis diteruskan dengan iftor sughro
kemudian solat maghrib berjemaah serta iftor kubro. Sekitar jam 6.25
petang solat isyak berjemaah dan sedikit
kalam tausiah dari ustaz Ahmad Badrul Hisham Syah selaku Pengerusi Majlis Tertinggi
Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Kaherah Mesir, tidak lupa juga, yang mana
ayahanda Tuan Haji Abdul Malik bin Kahar
turut serta memberi sedikit kalam tausiah kepada anak-anak Negeri Sembilan Mesir. Majlis diteruskan lagi dengan
tayangan perdana yang disediakan khas dari Exco Kesenian, Kebudayaan dan Sukan
kerjasama exco perumahan sempena malam di ambang aidil adha.
Ida Haryani bte muhamad safary
(Timbalan Exco kesenian,kebudayaan dan
sukan)
Comments
Post a Comment