Lisanul Haq
Rahsia solat di awal waktu
Setiap masa, kita sentiasa
terdedah dengan penguasaan
nafsu selain daripada hasutan
iblis dan syaitan yang dilaknat Allah. Bagaimana caranya mengawal nafsu
tersebut? Sedarkah anda sekarang ini, mengapa solat itu tiang agama?
Disebalik ungkapan tersebut kita akan dapati dengan mengerjakan solat diawal
waktu dapat mengajar kita dalam menguasai diri kita dan ke atas penguasaan
hawa nafsu yang selalu berkeinginan rasa syahwat yang melampaui batas
islam.
Solat di awal waktu juga membantu kita menjadi manusia yang berdisplin. Kesan menepati solat di awal waktu sangat besar kesannya jika kita membiasakan didalam kehidupan. Kerana dengan mengatur jadual solat akan beerti kita juga bijak mengatur jadual harian kita. Kehidupan seharian pasti tidak kan menjadi tidak terurus.Kita akan sentiasa hidup dengan tenang, fikiran juga tidak menjadi tegang.
Allah swt juga berfirman:
Solat di awal waktu juga membantu kita menjadi manusia yang berdisplin. Kesan menepati solat di awal waktu sangat besar kesannya jika kita membiasakan didalam kehidupan. Kerana dengan mengatur jadual solat akan beerti kita juga bijak mengatur jadual harian kita. Kehidupan seharian pasti tidak kan menjadi tidak terurus.Kita akan sentiasa hidup dengan tenang, fikiran juga tidak menjadi tegang.
Allah swt juga berfirman:
“Celaka bagi orang-orang yang mendirikan solat, yang mana mereka mendirikannya secara lalai. Berkenaan dengan ayat ini, Imam Shadiq as ditanya, beliau menjawab: Yang dimaksud dengan ayat ini adalah orang yang melalaikan solatnya, dan ia tidak mendirikannya di awal waktu tanpa ada halangan (uzur)"
Surah almaaun ayat 3-4
Jom sahabat, tidak kemana apa
yang sedang kita kerjakan sekarang ini. Facebook masih lagi boleh diteruskan,
blog boleh di update pada bila-bila masa, dan borak kosong juga boleh disambung
semula selepas kita menunaikan apa yang telah difardhukan ke atas kita sebagai
umat akhir zaman. Saya juga seperti anda,kadangkala terleka dengan urusan
dunia sehinggakan mengabaikan solat di awal waktu. Kita mengeluh,kita
meratap sesal kerana Allah seperti tidak mendengar keluhan doa atau lambat
memakbulkan doa kita setiap masa, Tapi adakah kita memberi keutamaan dalam
beribadat kepada-Nya?
SOLAT JEMAAH
Sembahyang berjemaah merupakan kekuatan perpaduan umat Islam dan sebagai
syiar agama Islam di sesuatu tempat. Kerana itulah Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam menitikberatkan supaya sembahyang itu dikerjakan secara berjemaah
kerana pahalanya berlipat ganda berbanding dengan ibadat sembahyang yang hanya
dilakukan secara bersendirian. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang
maksudnya :
"Dari Abdullah bin Umar Radiallahuanhuma, sesungguhnya Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sembahyang jemaah itu lebih afdal
daripada sembahyang berseorangan dengan kelebihan 27 darjat". (Riwayat
Al-Imam Al-Bukhari)
Sembahyang berjemaah boleh dilakukan dimana-mana sahaja kita berada, bukan
sahaja di masjid atau di rumah tetapi yang afdalnya dilakukan di masjid.Kita
juga hendaklah memelihara adab-adab
berjemaah, antaranya ialah meluruskan saf yakni barisan. Menurut pendapat
jumhur ulama, sunat bagi makmum meluruskan saf mereka dalam keadaan bahu dengan
bahu, kaki dengan kaki dan tumit dengan tumit makmum yang lain sehingga tidak
ada ruang kosong dan longgar. Dalam hal ini, sebelum imam mengangkat
takbiratulihram, sunat bagi imam berpaling dan meminta mereka membetulkan saf
masing-masing dan merapatkannya.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda
maksudnya :
"Dari Abi Syajarah, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
bersabda : Luruskanlah oleh kamu saf-saf dan sejajarkanlah di antara bahu-bahu
kamu, tutupi celah-celah dan berlaku lembutlah ketika memegang tangan saudaramu (waktu merapatkan saf-saf) dan janganlah kamu
biarkan celah-celah yang kosong itu untuk syaitan. Barangsiapa menghubungkan
saf, maka Allah menghubungkan dengan rahmat-Nya dan barangsiapa yang memutuskan
saf-saf, maka Allah memutuskan daripada rahmat dan pertolongan-Nya".
(Riwayat Al-Imam Abu Daud)
Untuk akhirnya,muhasabahlah diri kita ini,banyak mana masa kita diperuntukkan buat kekasih yang paling agung ALLAH S.W.T...dan banyak mana pula usha kita
menolang agamaNYA sebagai tanda syukur kita atas nikmat...BANGKITLAH!!!
Comments
Post a Comment