[IMTIHAN QABUL AL AZHAR] 21 April 2018- Telah berlangsung imtihan qabul untuk mahasiswa Negeri Sembilan baharu yang bertempat di Pusat Bahasa Sheikh Zayed, Hayyu Sadis Madinat Nasr. Ucapan tahniah dan semoga berjaya daripada pihak MTPANSM kepada mahasiswa baharu 18/19 dalam memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan tersebut. "Beriman, Berilmu, Beramal" Disediakan oleh, MTPANSM 17/18
[ZIARAH MAHABBAH ] Rabu, 25 /04 /2018 -Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir yang dikendalikan oleh Exco Perumahan & Kebajikan MTPANSM telah menziarahi ke rumah Saudara Ahmad Faiz Hafidzi bin Zainal Ariffin. Lawatan ini bertujuan bagi menziarahi saudara Faiz atas penimangan cahaya mata pertama beliau, Ahmad Rayyan. Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menerima kunjungan kami dan memberi layanan yang terbaik dan selesa di samping menjalankan tanggungjawab seharian sebagai pelajar dan ibu bapa. Marilah bersama-sama kita menziarahi saudara dan sahabat kita dalam mengukuhkan lagi ikatan silaturahim yang telah terjalin. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, Exco Perumahan & Kebajikan MTPANSM 17/18
[LIVE UPDATE] [CERAMAH ISRAK & MIKRAJ] " Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. " [Al Isra’ :1] 27 Rejab merupakan salah satu tarikh penting buat kita sebagai Umat Islam di mana telah berlakunya sebuah peristiwa yang dikenali sebagai Israk dan Mikraj. Justeru, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak- anak Negeri Sembilan Mesir di bawah kendalian Exco Dakwah dan Tarbiyah, mengambil inisiatif untuk mengadakan ceramah bersempena dengan Israk dan Mikraj pada butiran berikut; Hari : Sabtu Tarikh : 14 April 2018 Masa : Selepas Maghrib Tempat : Dewan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, RNSK Pengisi : Ust Sufian bin Zainuddin SEMUA AHLI MTPANSM DIJEMPUT HADIR " Beriman, Berilmu, Beramal " Disedi...
Comments
Post a Comment