HARI KELUARGA RNSK 2010

‘JALINAN KASIH MEMBINA UKHUWAH’, tema yang dipilih AJK Pelaksana Program Hari Keluarga Negeri Sembilan pada tahun ini dengan lagu ‘Kasih Sayang’ nyanyian kumpulan INTEAM dan Allahyarham UST ASRI RABBANI sebagai lagu tema pembakar semangat bagi mencapai objektif menyemai ukhuwah para peserta.



Tahun 2010, bermula 12 Julai membawa kelainan baru melalui idea segar AJK pelaksana dengan kek sepanjang 1 meter sebagai gimik perasmian dan majlis pembukaan dirasmikan oleh pengerusi MTP, Ust Ahmad Badrul Hisyam Shah bin Rafiee. Pembahagian kumpulan pula adalah berdasarkan Adat Pepatih Negeri Sembilan iaitu PERUT, BUAPAK, TOK LEMBAGA dan TOK UNDANG.

Banyak acara menarik yang direncana merangkumi ilmiah dan sukan, sama ada dalam  mahupun luar dewan, di sekitar Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) ataupun padang dan dewan yang ditempah khas yang bertempat di Nadi Syabab, Hayyu Sadis, Madinah Nasr, Kaherah. Antaranya termasuklah talk show: ‘Celoteh Lobai’, permainan kotak beracun, Cerita 3 Kepala, Ragam Siswi, Pintar Pintas, Muslimah Hari Ini dan banyak lagi acara ilmiah yang mencabar kebijaksanaan peserta. Tidak lupa juga, acara sukan dan sukaneka yang menguji mental dan fizikal sama ada bagi lelaki mahupun perempuan.

Sasaran untuk mencapai kehadiran 150 orang peserta tercapai pada tahun ini hasil usaha gigih Timbalan Pengarah 1 & 2 yang memangku tugas promosi dan iklan dengan kerjasama yang baik oleh semua pihak dan pujian harus diberikan kepada anak-anak Negeri Sembilan yang tinggal di RNSK sendiri, di rumah negeri lain, rumah-rumah sewa di sekitar Kaherah mahupun di daerah lain dalam membantu memeriahkan lagi program ini.

Tarikh 15 Julai 2010 merupakan hari terakhir dan malam penutup disempurnakan oleh Pegawai Khas Kebajikan Anak-Anak Negeri Sembilan, Tuan Hj. Mohd Zin bin Abu. Pelbagai reaksi dan perasaan, cerita suka duka para peserta sepanjang program akhirnya menobatkan kumpulan BUAPAK sebagai johan keseluruhan dengan memonopoli kebanyakan hadiah yang dipertaruh. Keseluruhan program selama 4 hari termasuk majlis penutup berjalan lancar sepertimana yang dirancang dan semoga objektif menyemai ukhuwah tercapai selain berhibur dan bergembira.

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]