LAPORAN MAJLIS KECEMERLANGAN DAN PENGHARGAAN ANAK-ANAK N.SEMBILAN MESIR 2010

 Khamis, 14 Oktober 2010 - Unit Kesenian, Kebudayaan dan Sukan dibawah Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak N.Sembilan telah menganjurkan  Majlis Kecemerlangan dan Penghargaan Mahasiswa dan Mahasiswi 2009/2010 di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah(DMAK).Majlis bermula  pada pukul 8.10 malam  yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Jamil bin Hashim selaku Pengarah Jabatan Penuntut  Malaysia Kaherah.Turut dihadiri tetamu kehormat En.  Khairi bin Jalalluddin,En. Zulkifli bin Din,Ustaz Mohamad Ibrahim(Pengarah Akademik Ketaby),ibunda Hajah Habsah bt Omar dan ibu bapa dari kalangan mahasiswa akhir pada tahun ini.
               


              
  Program pertama adalah dengan pendaftaran pelajar-pelajar  N.Sembilan pada pukul 7.45 malam dengan mendapat cenderhati khas dari beberapa mahasiswa akhir.Selepas itu para pelajar duduk di dalam dewan sementara menunggu kedatangan  Dr. Jamil.Tepat pukul 8.10 malam ketibaan Dr. Jamil dengan diiringi selawat.Majlis kali ini dipengerusikan oleh Mohamad Zaquwan b. Zakaria selaku pengerusi umum.Selepas itu bacaan Al-Quran oleh Ustaz Khoir bin Saidina Abu Bakar dan bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Muhammad Mustaqim b. Abd Rahim.Selesai sahaja bacaan doa para hadirin dipersilakan makan dengan buffet dalam kalangan pelajar dan hidangan pada tetamu kehormat dan ibu bapa.Semasa jamuan makan diadakan tayangan slide-show oleh Unit Tekno Krew.Selepas itu,diikuti persembahan nasyid oleh Gema Negeri dalam kalangan anak-anak N.Sembilan.Cabutan bertuah turut memeriahkan majlis dengan 10 cabutan bertuah sahaja selepas persembahan nasyid.

                
Tepat 9.10 malam,majlis diambil oleh Ustaz Abd Aziz b. Saidina Abu Bakar selaku pengerusi majlis.Majlis diteruskan dengan ucapan pengarah program;Ustaz Mohammad Ali Hussini b. Yahya dan diikuti ucapan ayahnda Mohd Zin b. Abu selaku Pegawai Khas Kebajikan Anak-Anak N.Sembilan.Selesai sahaja ucapan ayahnda,kelangsungan majlis diteruskan dengan ucapan Dr. Jamil; Pengarah Jabatan Penuntut  Malaysia Kaherah seterusnya merasmikan Majlis Kecemerlangan dan Penghargaan Mahasiswa/wi 2010.Persembahan nasyid kali kedua menutupi ucapan majlis malam tersebut.


                Penyampaian hadiah dilaksanakan pada 10.00 malam dengan dimulai pertandingan terjemahan maqolah dan melengkapkan slogan dibuat Unit Pendidikan.Kemudian diikuti penghargaan pada ketua-ketua bilik Rumah N.Sembilan Kaherah dan Sijil Kecemerlangan Ketaby.

           
    Kesemua pemberian hadiah pada malam tersebut disempurnakan oleh Dr.Jamil diiringi ayahanda Haji Mohd Zin bin Abu.Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang bermula dari tahun 1 hingga 3 yang mendapat pangkat jayyid dan keatas pada semua pelajar  pengajian Islam dan perubatan.Penyampaian hadiah diteruskan pada semua pelajar graduan akhir kuliah Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab lelaki dan perempuan.

                Selesai sahaja penyampaian hadiah, ucapan khas atau kalam taujihat dari Ustaz Daniel Farhan B. Dolmat selaku graduan akhir yang mendapat pangkat jayyid kuliah Syariah Universiti Al-Azhar Kaherah.Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Dr.Jamil dan sijil penghargaan kepada Ahli JawatanKuasa Pelaksana yang bertungkus lumus melaksana program Majlis Kecemerlangan dan Penghargaan Mahasiswa /wo 2010.Sijil penghargaan diberikan pada pengarah program.Program telah tamat tepat 11.00 malam dan pelajar beransur pulang 11.30 malam selepas sesi bergambar bersama Dr.Jamil.





Yang menyediakan laporan;

 (MOHD KHAIRUDDIN BIN NORIZAN)
Setiausaha
Majlis Kecemerlangan dan Penghargaan Mahasiswa/wi 2010 

Comments

  1. tahniah kpd mereka yg berjaya.. moga2 ilmu yg ada didada dpt dia amalkan serta di sampai kan...

    ReplyDelete
  2. Majlis tertinggi eh? blogspot jer ke? mintak ler domain sendiri kt MAINS tu..

    ReplyDelete
  3. mabruk2..Allahu yubarik fikum.......

    ReplyDelete
  4. sekadar peringatan, tlg jaga qawaid (tatabahasa) bahasa melayu dlm setiap artikel yang nak di'post' dlm blog ukhwah ni. kata official website. edit dan tapis la dulu mana yang perlu. jgn marah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]