GOTONG ROYONG PERDANA



Perhatian kepada semua anak-anak Negeri Sembilan khususnya yang berada di Rumah Negeri Sembilan Kaherah, satu gotong royong perdana akan diadakan sempena lawatan Y.A.B. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hasan ke Timur Tengah pada 19 Februari 2010 ini.

Tujuan kedatangan beliau bersama rombongan seramai 30 orang adalah untuk :

1. Melihat keadaan pelajar-pelajar Negeri Sembilan di Mesir.
2. Melihat penempatan anak negeri (RNSK),adakah berada di tahap yang memuaskan ataupun tidak.
3. Membincangkan mengenai tapak perumahan anak negeri yang baru.
4. Ramah mesra bersama pelajar N.Sembilan.
5. Membincangkan hal-hal semasa pelajar-pelajar N.Sembilan samada yang berkaitan dengan pelajaran ataupun luaran.

Justeru, gotong royong perdana perlu diadakan bagi memperkemaskan lagi keceriaan & kebersihan RNSK serta nampak lebih teratur lagi tersusun.

Jadi, gotong royong akan diadakan pada :

Tarikh                    : 13 Februari 2010
Masa                     : 8.00 a.m
Tempat                  : Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK)

Diharap semua pelajar Negeri Sembilan dapat terlibat dalam gotong royong yang akan diadakan ini.

Sekian.
Unit Sambutan
Program Lawatan Kerja Menteri Besar
Negeri Sembilan ke Timur Tengah 2010

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]