LAPORAN BAZAR NOGOGHI 2010, RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH



RNSK, 5-7 Nov 2010:Setelah hampir 4 tahun menyepi, akhirnya Rumah Negeri Sembilan Kaherah sekali
lagi diserikan dengan kehadiran bazar yang ditunggu-tunggu.Demi menyahut tuntutan sunnah,tarikh 5,6 dan 7 November 2010 yang lalu menjadi saksi kepada hadirnya bazar yang dikenali dengan nama BazarNogoghi’. Dianjurkan oleh Unit ekonomi,Bendahari Majlis Tertinggi Pengurusan Rumah Negeri Sembilan Kaherah,kehadiran semula Bazar Nogoghi adalah satu usaha memperkenalkan rumah Negeri Sembilan itu sendiri di samping membantu meningkatkan ekonomi.


RENTETAN HARI-HARI CERIA

Bazar Nogoghi yang bermula pada jam 1.30 petang, 5 November 2010 bersamaan dengan hari Jumaat ini mendapat sambutan yang tidak kurang hebatnya walaupun baru sahaja bermula.Ternyata kehadiran semula bazar Negeri Sembilan benar-benar seperti dinantikan.Sesi pertama yang bermula dari jam 1.30 hingga 6.00 petang sahaja telah membuatkan AJK yang bertugas tidak menang tangan ditambah pula dengan kehadiran ramai tetamu bermula malamnya dari jam 6.30 petang hinggalah jam 11.00 malam.


Hari kedua bersamaan 6 November bermula dari jam 11.00 pagi pula menyaksikan pertambahan tetamu yang mula berpusu-pusu hadir membeli juadah dan makanan.Sesi pertama tersebut yang berakhir pada jam 5.00 petang sekali lagi menyaksikan bahawa kehadiran tetamu amat menggalakkan.Usai maghrib,bermulalah sesi kedua.Rumah Negeri Sembilan bermandi cahaya sekali lagi terus-terusan menerima kehadiran tetamu dari pelbagai negeri mahupun negara termasuklah Singapura,Brunei, Indonesia dan lain-lain.Rata-rata yang datang mahu mencuba menu-menu negeri Sembilan dan menu lainnya.Bercakap mengenai menu,tersenarai pelbagai jenis juadah buat pilihan para tetamu yang hadir.Antara yang dapat disenaraikan ialah, Ikan Keli Salai Masak Lomak Cili Api yang menjadi antara rebutan tetamu digandingkan pula dengan Daging Salai Masak Lomak cili api, tidak ketinggalan Rendang ayam Minang, Mee Bandung Johor, Char Kuey Teow Special yang menarik perhatian ramai, pancakes HEWI pelbagai perisa,sate ayam Nasa Jaya, roti canai pengubat rindu di perantauan, western food Jang Corner,Nasi Lemak kukus Mak Janda, Nasi Kerabu, Mee Hoon Sup Perut dan bermacam-macam lagi serta tidak ketinggalan gerai minuman yang menyajikan minuman pelbagai rasa.Harga bagi menu-menu yang dijual agak berpatutan mengikut kepada keadaan ekonomi semasa.

Selain itu,Bazar Nogoghi kali ini turut diserikan dengan aktiviti-aktiviti menarik bagi memikat para tetamu agar tidak jemu untuk terus memeriahkan bazar ini.Antara aktiviti yang dijalankan ialah, cabutan bertuah bagi pembeli LE 30 dan ke atas, DJ Nogoghi yang menceriakan suasana, dedikasi lagu untuk sahabat, cenderamata dari sahabat untuk sahabat, kuiz Nogoghi dan macam-macam lagi.Sehinggalah jam 11.00 malam, barulah AJK yang bertugas dapat melepaskan lelah dan berehat.Namun, senyuman kepuasan dapat memberi khidmat kepada para tetamu yang hadir tetap terukir di wajah mereka.


Hari kedua melabuhkan tirai memberi laluan kepada hari ketiga.7 November 2010, bermula jam 11.00 pagi memperlihatkan kebanjiran tetamu hadir sebelum tirai bazar dilabuhkan.Hari ketiga ini telah berjaya membuatkan Ajk-ajk yang bertugas merasa seperti tidak cukup tidur dan sengal-sengal sendi dek kerana melayani kerumunan tetamu yang datang berkunjung.Pada siang hari ketiga ini juga diadakan majlis penutup Bazar Nogoghi 2010.Majlis penutup tersebut turut dihadiri oleh Ayahanda Tuan Hj. Mohd Zin Bin Abu,selaku Pegawai Khas Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan,En.Khairi Jalaluddin,atase pendidikan dan turut hadir pegawai khas kebajikan pelajar Melaka.Hari ketiga tidak kurang hebatnya seperti hari pertama dan kedua.Jual beli terus berjalan malah lebih rancak sehinggalah jam 11.00 malam.Selain itu, oleh kerana transaksi jual beli bazar kali ini bergantung kepada kupon, maka AJK pelaksana yang terbabit dalam menjadi juru audit juga dilihat bersengkang mata mengira hasil keuntungan untuk diagih-agihkan kepada para peniaga.

 
Ternyata, Bazar Nogoghi kali ini melakar seribu satu keceriaan dan rasa terhadap setiap yang hadir dan yang menjayakannya.Di sebalik kesibukan dan penat lelah, jelas terpancar keceriaan.Walaupun raut penat dan lelah terlakar pada wajah setiap peniaga, namun berbaloi kepenatan itu dengan keuntungan yang dapat dikumpul sepanjang 3 hari berjual beli.Bagi Ajk-ajk yang bertungkus lumus mengerah tenaga dan komitmen juga tidak terlepas merasai kemeriahan bazar.Bazar Nogoghi ini juga dilihat menjadi medium penghubung ukhuwah antara anak-anak Malaysia khususnya dan seluruh asia amnya.Bukan itu sahaja malah, suasana berukhuwah di antara tuan rumah,para tetamu,pegawai yang hadir dan peniaga adalah merupakan suasana yang indah yang tidak dapat digambar dengan kata-kata, kerana berukhwah itu indah dan dituntut dalam Islam.

  
Mudah-mudahan Bazar Nogoghi kali ini diterima sabagai satu ibadah di sisi Allah s.w.t di samping menyahut seruan sunnah Nabi S.A.W supaya berniaga.Diharapkan agar tiada dendam dan sengketa yang terlahir dalam ibadah bazar ini.Dan diharapkan semoga Bazar Nogoghi akan terus dapat dijalankan dari tahun ke tahun.Majulah bazar untuk nogoghi!!

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]