PERTANDINGAN PIALA PENGERUSI 2014

Pada 5 Disember 2014, Exco Kebudayaan,Kesenian dan Sukan di bawah Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir telah menganjurkan satu pertandingan sukan bola jaring (akhawat) dan futsal (ikhwah), iaitu program piala pengerusi yang berlangsung di nadi syabab dan terbuka kepada ahli MTP Negeri Sembilan.

     Pertandingan bola jaring bagi peserta akhawat bermula dari pukul 7.00 pagi sehingga pukul 10.00 pagi, manakala pertandingan futsal bagi peserta ikhwah bermula dari pukul 7.30 malam sehingga pukul 11.00 malam.
     Pembukaan program Piala Pengerusi 2014 telah dirasmikan oleh Pn.Hjh Hamidah Binti Puteh (ibu), dan penutup bagi Piala Pengerusi 2014  telah dirasmikan oleh Tn,Hj Abdul Hamid Bin Jaman (ayah).
Pertandingan bola jaring  bagi akhawat ,berlangsung dengan meriah sekali. Para peserta bermain dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat. Pertandingan bola jaring ini dijalankan secara liga iaitu sebanyak 4 kumpulan.
     Alhamdulillah,pertandingan berakhir pada pukul 10.00 pagi. Seterusnya,program diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah cenderahati kepada ibu dan hadiah kepada para pemenang. Tempat pertama untuk pertandingan bola jaring disandang oleh kumpulan 4, tempat kedua disandang oleh kumpulan 2,dan seterusnye tempat ketiga disandang oleh kumpulan 1,dan tempat keempat disandang oleh kumpulan 3.
Semua kumpulan mendapat hadiah berupa hamper makanan. Sebelum pulang ke rumah,semua peserta diedarkan setiap orang makanan molto dan kuih pau. Para peserta juga mengambil gambar kenangan bersama-sama ibu tercinta.
             
      Manakala pertandingan futsal bagi ikhwah juga, berlangsung dengan meriah sekali. Peserta ikhwah terbahagi kepada 5 kumpulan.Para peserta berjaya memberi komitmen yang terbaik sepanjang pertandingan berlangsung.

   Ahamdulillah, pertandingan berakhir pada pukul 11.00 malam.Seterusnya, program diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah cenderahati kepada ayah dan hadiah kepada para pemenang.Tempat pertama untuk pertandingan futsal disandang oleh Kg.Londah, tempat kedua disandang oleh Kg.Jiboi, tempat ketiga disandang oleh Kg. Kurnia Diraja, tempat keempat disandang oleh Kg.Ibol,dan tempat kelima disandang oleh Kg.Pelangai.
    Semua kumpulan mendapat hadiah hamper berupa makanan .Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Sebelum pulang ke rumah,semua peserta diedarkan setiap orang makanan molto.Para peserta juga mengambil gambar kenangan bersama-sama ayah tercinta.

 

  Alhamdulillah program selesai dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari anak-anak negeri Sembilan.Semoga program ini dapat memberi manfaat dan mengurangkan tekanan belajar sebelum menduduki peperiksaan fasa satu tidak lama lagi.




Kami Unit Kesenian Kebudayaan dan Sukan memohon seribu kemaafan atas segala kekurangan dan kesulitan.Sekian terima kasih.             

    “MINDA CERDAS, BADAN CERGAS, BARU IMTIYAZ”. 

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]