" GRAND TANZEEF "

Rumah Negeri Sembilan Kaherah Mesir


     Pada 28 November 2014 yang lalu, Exco Perumahan MTPANS telah mengadakan "Grand Tanzeef" yang mana ia merupakan rebranding daripada "Gotong-Royong Perdana". Moto "Grand Tanzeef" ialah "Moh Dogheh Turun Gotong-Royong"




      Para penduduk RNSK diminta berkumpul di Dataran RNSK seawal jam 8.00 pagi dan dimulakan dengan bacaan doa dan dteruskan dengan ucapan Ayahanda Abd. Hamid bin Jaman selaku Pegawai Khas Kebajikan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir.




        Majlis diteruskan dengan penyerahan watikah kepada semua ketua kampung yang telah dilantik.




         Penerangan serba ringkas mengenai kawasan gotong-royong diberikan oleh Muhammad Zuhailie bin Mohd Dzahid selaku Ketua Exco Perumahan sesi 2014/2015.



       Pada jam 11.00 pagi, ayahanda bersama Ketua Exco Perumahan melawat kawasan dan kampung masing-masing.






       Alhamdulillah, program ini berjalan dengan jayanya serta para penduduk RNSK, memberikan sambutan yang memberangsangkan terhadap program ini. Secara tidak langsung, konsep 5S telah diamalkan dalam misi gotong-royong. Beberapa kawasan telah dselenggara dan dibaikpulih. Insyaallah, diharapkan agar para penduduk RNSK sentiasa menjaga tempat tinggal dan sekitar kawasan RNSK ini dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih. "Moh Dogheh Turun Gotong-Royong".

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]