Program Taklimat Keselamatan, Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan MTPANSM 14/15 & Sijil Penghargaan MTPANSM 13/14, Majlis Meraikan Pengantin Baharu dan Majlis Sanah Helwa
16 NOVEMBER 2014, AHAD
- Majlis Tertinggi Pengurusan
Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM) telah mengadakan Program ‘Taklimat
Keselamatan, Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan MTPANSM sesi 2014/2015
& Sijil Penghargaan MTPANSM sesi 2013/2014, Majlis Meraikan Pengantin
Baharu dan Majlis Sanah Helwa dengan meriahnya di perkarangan Dewan Syeikh
Abdul Qadir al-Jailani, Rumah Negeri Sembilan Kaherah(RNSK). Program telah bermula
pada jam 7.10 petang dan berakhir pada jam 9.30 malam. Program turut diserikan
dengan kehadiran Encik Zalazfian, Warden Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah
(DMAK).
Majlis
dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Muhammad Al-Ghazalli bin Abdol Malek , disusuli dengan ucapan oleh Saudara Abdul Rahim
bin Sabtani, Pengerusi MTPANSM sesi 2013/2014. Beliau berterima kasih dengan
pengurusan dan gerak kerja kepimpinan sesi tersebut dan berharap konsistensi
program-program ilmiah serta aktiviti yang berasaskan kebajikan mahasiswa dapat
diteruskan dan ditambah baik. Program diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Hj Abd
Hamid bin Jaman, Atase Pendidikan Negeri Sembilan Timur Tengah. Beliau memberikan
beberapa garis panduan berkenaan keselamatan anak-anak Negeri Sembilan dan
kualiti kawalan penjagaan keluar masuk Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK).
Antaranya
seperti yang berikut :
1. Semua penghuni RNSK tidak dibenarkan keluar dari RNSK melebihi jam 12
tengah malam dan bagi
orang luar akan dipertimbangkan berdasarkan jenis urusan.
2. Apabila melibatkan orang luar, segala urusan hanya akan dijalankan di
perkarangan lobi sahaja. Jadi,
penghuni RNSK yang berurusan perlu turun di
perkarangan lobi.
3. Sistem kad residensi, kad mahasiswa luar yang ingin mengadakan kelas di
RNSK, kad tenaga pengajar
luar akan diselaraskan dan bakal dilaksanakan
sesegera mungkin.
4. Semua kelas pengukuhan atau tuisyen tambahan perlu diselaraskan dan
dimaklumkan pada papan
kenyataan dan dilaporkan kepada Exco Pendidikan. Segala
kehadiran akan dicatatkan bagi tindakan
lanjutan atau tujuan pemeriksaan.
5. Pemakaian niqab tidak dibenarkan bagi mahasiswa wanita.
6. Penggunaan eletrik diperketatkan ekoran daripada wujud segelintir mahasiswa
yang menggunapakai
kadar eletrik bagi kepentingan diri sendiri dan bukan untuk
tujuan kelas.
7. Bagi mewujudkan sifat tanggungjawab dalam diri mahasiswa, pihak
RNSK akan menetapkan kadar bayaran tertentu kepada mahasiswa luar Negeri
Sembilan yang mengadakan kelas pengukuhan di RNSK sebagai simbolik kepada usaha
menampung bayaran penggunaan eletrik.
Tambah beliau,
usul mengenai urusan memperbaharui visa yang sering mendapat tempat dalam
kalangan mahasiswa telah berjaya diselesaikan oleh pihak Kedutaan Besar
Malaysia Kaherah (KBMK). KBMK telah pun melantik seorang pemudahcara, Saudara
Ahmad Awang bagi memudahkan pengurusan dan pengumpulan data. Mahasiswa yang
ingin berbuat demikian perlu menyerahkan wang not LE 70 serta beberapa dokumen
rasmi kepada Exco Perumahan. Antaranya:
1.
2 salinan pengesahan
pengajian semasa
2.
2 salinan muka depan
pasport
3.
2 salinan tarikh
ketibaan di Mesir
4. 2 salinan tarikh visa akhir
5. 2 keping gambar
Seterusnya program diteruskan lagi dengan Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan MTPANSM sesi 2014/2015 dan Sijil Penghargaan MTPANSM sesi 2013/2014. Program disusuli dengan sesi penyerahan sumbangan kepada wakil almarhumah Syaza Muthira binti Abd Wahab yang baru dijemput Ilahi ekoran penyakit saraf otak yang agak kronik dan kepada mangsa musibah kecurian baru-baru ini.
Majlis ditutup
dengan sesi bergambar di antara anak-anak Negeri Sembilan, barisan pengurusan
MTPANSM sesi 2013/2014 dan sesi 2014/2015 dengan tetamu kehormat. Program
berjaya dilaksanakan dengan lancar dan berakhir pada jam 9.30 malam.
Comments
Post a Comment