LAWATAN KERJA WAKIL PEGAWAI LAWATAN MAINS DAN YAYASAN SOFA PEMBENTANGAN KAEDAH MENGISI BORANG ZAKAT SECARA 'ONLINE'

Pada hari Rabu bersamaan 23 Julai, 2014 Rumah Negeri Sembilan Kaherah telah menerima kunjungan lawatan kerja wakil pegawai  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS ), Ustaz Omar Mokhtar bin Yunus serta Yayasan Sofa.

Tujuan utama lawatan ini disamping menziarahi para mahasiswa/wi Negeri  Sembilan adalah untuk menerangkan kepada semua mahasiswa/wi  tajaan  kerajaan Negeri Sembilan taklimat tentang kaedah mengisi borang zakat secara atas talian. Hal ini memerlukan penerangan dan pendedahan yang jelas bagi mengurangkan ketidakfahaman mahasiswa/wi dalam membuat permohonan baru dan lanjutan zakat bagi meneruskan baki pengajian di Mesir ini.


Antara isi penting yang dijelaskan oleh Ustaz Omar adalah permohonan  zakat sama ada permohonan baru ataupun permohonan lanjutan zakat adalah wajib bagi kesemua mahasiswa/wi  tajaan penuh MAINS ataupun persendirian bagi yang mahu memohon bantuan zakat Negeri Sembilan
.
Bagi sesi kali ini, kesemua mahasiswa/wi dikehendaki mengisi kedua-dua kaedah iaitu mengisi borang secara bertulis dan atas perkhidmatan atas talian. Tambahan pula, pada tahun ini merupakan tahun terakhir mengisi borang permohonan secara bertulis. Bagi borang yang perlu diisi secara bertulis, para mahasiswa/wi mestilah memuat turun borang tersebut di laman web MAINS serta  mematuhi syarat-syarat permohonan.


Selain itu, khusus kepada mahasiswa/wi  tahun akhir yang telah menamatkan pengajian boleh mengisi borang permohonan tuntutan tiket penerbangan ataupun permohonan zakat bagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.


Seterusnya beliau telahpun mengingatkan kesemua mahasiswa/wi  bahawa  keputusan peperiksaan perlu mendapatkan pengesahan daripada Kedutaan Mesir ataupun Pegawai Atase negeri masing-masing. Seterusnya keputusan peperiksaan hendaklah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja. Urusan ini boleh dilakaukan melalui Pegawai Atase Pendidikan negeri masing-masing. Beliau juga menekankan bahawa tarikh tutup permohanan zakat ini adalah pada 31 Ogos setiap tahun.

Kemudian beliau juga turut mengingatkan para mahasiswa/wi agar tidak melangsungkan perkahwinan sepanjang tempoh pengajian. Serta memohon para mahasiswa/wi agar memberikan sepenuh perhatian terhadap mahasiswa/wi. Reaksi para mahasiswa/wi sepanjang penerangan beliau ini sangat memuaskan hati. Pihak kami MTPANSM merakam ribuan terima kasih kepada Wakil MAINS dan Yayasan Sofa ini atas perkongsian yang diberikan.


Tausiah dan Kalam Taujihat daripada Ustaz Solahudin.

Ustaz Solahudin merupakan salah seorang  tenaga pengajar di Kolej Islam Yayasan Sofa di Negeri Sembilan. Alhamdulillah, beliau sangat berbesar hati memberi kan kata-kata semangat buat kami anak-anak Negeri Sembilan Mesir sebagai suntikan semangat untuk kami terus tabah dalam menuntut ilmu di bumi Perlembahan Nil ini.

Antara perkongsian berharga daripada beliau  kepada kami ialah satu peringatan yang sangat memberi kesedaran kepada kami  apabila beliau mengingatkan kami bahawa mahasiswa/wi agama seharusnya tidak berniat untuk mendapatkan segulung ijazah sahaja. Akan tetapi  seorang mahasiswa/wi agama itu seharusnya mempersiapkan diri dengan segala  macam ilmu untuk dikongsikan kepada masyarakat di Malaysia sekembalinya ke tanah air kelak.


Selain itu, beliau sangat menyarankan agar semua mahasiswa/wi merebut dan menuntut ilmu dengan sebaiknya dan perlu memastikan setiap hari mahasiswa/wi tersebut haruslah bertambah ilmunya. Juga memperingatkan para mahasiswa/wi tentang niat sebenar seorang penuntut ilmu.  Selain itu, beliau berpesan kepada kami bahawa tiada istilah bosan dalam kamus hidup seorang penuntut ilmu. Kesemua mahasiswa/wi kelihatan khusyuk mendengar dan mudah-mudahan semua mahasiswa/wi berazam untuk lebih cemerlang pada hari-hari berikutnya.


Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]