PERJUMPAAN KHAS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh... Perhatian kepada semua pelajar Negeri Sembilan yang menuntut di Kaherah. Anda DIWAJIBKAN untuk menghadiri satu perjumpaan khas pada: Tarikh: 7 November 2009 Hari: Sabtu Tempat: Musolla RNSK (bagi yang berjaya naik tahun & pelajar baru) Bilik Mesyuarat RNSK (bagi yang tidak naik tahun) Sila bawa bersama-sama anda: KERTAS dan PEN Antara agenda pada perjumpaan tersebut: 1-Perbincangan tentang permasalahan akademik 2-Markaz Iqra' 3-Pandangan dan cadangan bagi sudut akademik Diharap semua pelajar dapat menghadirkan diri tepat pada waktunya dan memberi kerjasama yang baik untuk kesejahteraan semua. Diingatkan sekali lagi, perjumpaan ini adalah WAJIB ke atas setiap pelajar Negeri Sembilan yang menuntut di Kaherah. Harap maklum.

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]