Majlis Penghargaan & Kecemerlangan Mahasiswa/wi 2009

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh… Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini, Rumah Negeri Sembilan Kaherah sekali lagi mengadakan Majlis Penghargaan & Kecemerlangan Mahasiswa/wi 2009. Majlis ini merupakan anjuran Unit Kesenian, Kebudayaan dan Sukan, Majlis Tertinggi Pengurusan (MTP). Maklumat program: Tarikh: 29 Oktober 2009 Tempat: Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) Tema: Menobat Kredibiliti Mahasiswa Cemerlang Antara objektif majlis ini: -Meraikan dan menghargai para pelajar yang telah mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. -Memberi semangat kepada mereka yang telah berjaya untuk terus meningkatkan prestasi. -Menjadi pendorong kepada mereka yang tidak berjaya untuk lebih berusaha dan mengikut jejak langkah mereka yang telah berjaya. -Menanam rasa cinta kepada ilmu dan sentiasa berusaha untuk memperolehi kecemerlangan. Majlis dimulakan selepas solat isyak dengan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Abdul Hanis Daud. Antara acara yang berlangsung pada majlis tersebut ialah persembahan nasyid oleh kumpulan Nada Negeri, majlis perasmian, ucapan Pengarah program, Pegawai Negeri Sembilan dan Prof. Madya Dr. Jamil bin Hashim, penyampaian sijil penghargaan dan hadiah kepada mahasiswa/wi cemerlang dan graduan akhir, serta sesi fotografi. Ketika majlis sedang berlangsung, terdapat satu acara khas yang diadakan anjuran Unit Kebajikan MTP. Sambutan hari lahir untuk anak-anak Negeri Sembilan pada setiap bulan bermula pada malam itu. Pelbagai nasihat dan peringatan serta ilmu dicurahkan oleh mereka yang telah memberi ucapan pada majlis tersebut, terutamanya ucapan dari ayahanda dan Prof. Madya Dr. Jamil bin Hasim, yang masing-masing mengingatkan anak-anak Negeri Sembilan supaya tidak putus asa dalam mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Namun, disamping usaha untuk mencapai kecemerlangan akademik, tidak harus dilupakan usaha untuk cemerlang dari segi sahsiah dan akhlak kerana itu merupakan elemen penting yang menentukan kecemerlangan seseorang insan sebenarnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima anugerah. Kepada yang lain, lipat gandakan usaha dan sentiasalah berterusan mencari keredhaan Allah. Tuntutlah ilmu keranaNya, dan semoga mendapat kejayaan yang diberkati olehNya. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]