Pearls In You II

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh…. Unit Dakwah dan Tarbiyah dengan kerjasama Unit Pendidikan, Hal Ehwal Wanita Islam Majlis Tertinggi Pengurusan (HEWI MTP) telah menganjurkan program Pearls In You siri kedua sebagai kesinambungan bagi program untuk akhawat Negeri Sembilan yang diadakan bagi setiap tahun. Tarikh: 30 Oktober 2009 Hari: Jumaat Tempat: Hadiqah Dauliyah dan Dewan SAQAJ Bertemakan “Menobat Kredibiliti Srikandi”, program ini mempunyai beberapa objektif yang tersendiri iaitu: -Membuka minda mahasiswi al-Azhar dalam menghadapi cabaran pada masa kini. -Mengeratkan ukhuwwah dikalangan anak-anak Negeri Sembilan. -Melahirkan mahasiswi yang berpengetahuan dan berketerampilan. Program kali ini memilih lagu Demi Matahari nyanyian kumpulan nasyid Snada sebagai lagu tema. Acara utama bagi siri ini merupakan Explorace yang telah diadakan di Hadiqah Dauliyah. Program yang bermula pada jam 8 pagi diisi dengan aktiviti Muzakarah Berkelompok. Seterusnya, Explorace bermula pada jam 9.30 pagi setelah perasmiannya dilaksanakan oleh Ketua HEWI MTP, Ustazah Amirah Sabrina. Explorace berakhir kira-kira pada jam 2 petang. Seterusnya, program disambung pada sebelah malam dengan beberapa acara menarik seperti persembahan daripada graduan Al-Azhar dan mahasiswi baru, cabutan bertuah, tayangan slideshow dan penyampaian hadiah. Majlis penutup telah dirasmikan oleh bonda, Puan Hjh. Habsah binti Omar. Alhamdulillah, program kali ini mendapat feedback yang baik. Diharap agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]