Perhatian Buat Sahabat-Sahabat Yang Pulang Bercuti Ke Malaysia.

Pengerusi Majlis Tertinggi Pengurusan (MTP) dengan kerjasama Unit Pendidikan dan Unit Dakwah Tarbiyah sedang menyiapkan proposal berkenaan pengurusan masjid-masjid di Negeri Sembilan. Oleh itu, bantuan anda diperlukan untuk mengumpulkan maklumat berikut: 1) Pengurusan masjid di tempat anda. 2) Program-program yang diadakan di masjid anda secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan. 3) Kedudukan masjid di tempat anda. 4) Sambutan jemaah terhadap masjid. 5) Cadangan anda dalam meningkatkan taraf masjid. Anda diminta untuk menyiapkan laporan mengenai maklumat-maklumat ini dan menyerahkannya selepas pulang ke sini semula. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]