KELEBIHAN AMALAN DI BULAN SYA'BAN

BULAN SYA'BAN KESIBUKAN umat Islam mengerjakan amal ibadat dalam sepanjang bulan Rejab, seharusnya diteruskan dengan amal ibadah dalam bulan Sya'ban. Ini disebabkan bulan Sya'ban juga penuh dengan keberkatan dan kebaikan, termasuk berbagai fadhilat dan kelebihnnya. Ini menepati maksud sebuah Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. sabda Baginda bermaksud: "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku." Ketiga-tiga bulan itu (Rejab, Sya'ban dan Ramadhan) hendaklah dihayati dan dimanfaatkan sebaik-baiknya, sebagai usaha pelaburan yang amat menguntungkan pada hari akhirat kelak. FHADILAT DAN KELEBIHAN SYA'BAN Terdapat banyak Hadis Rasulullah SAW. mengenai fhadilat dan kelebihan bulan Sya'ban bagi mereka yang berusaha menafaatkannya dengan menegerjakan berbagai amalan ibadah. Perhatikan sebahagian daripada hadis baginda: * Sayidatina Aisyah r.a menyatakan, tidak pernah Rasulullah SAW berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan Sya'ban (selain bulan Ramadhan): Sesungguhnya baginda SAW telah berpuasa sebulan penuh. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) * Usman bin Zaid menceritakan: "Saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW. , wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti bulan Sya'ban: lalu baginda menjawab, itulah bulan (Sya'ban) dimana ramai manusia lalai mengenai nya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan; ini adalah bulan di mana segala amalan di angkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu saya (baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan An-Nasai) Oleh kerana setiap orang Islam mengharapkan agar amal ibadah masing-masing yang diangkatkan kehadrat Allah SWT pada bulan Sya'ban itu diterima, maka sewajarnya lah kita memperbanyakkan lagi amal ibadah dengan penuh tawadhu', ikhlas dan taqwa kepada-Nya. Jika Allah SWT dapat menerima segala amal kita maka sesungguhnya Allah SWT akan menaikkan darjat kita dalam kehidupan dunia dan juga akhirat. Sayidina Aisyah r.a menceritakan, Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnnya Allah turun pada malam pertengahan (nisfu) Sya'ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb." (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah) FHADILAT DAN KELEBIHAN PUASA SYA'BAN * Fhadilat dan kelebihan berpuasa sunat dalam bulan Sya'ban adalah terlalu besar. Rasulullah SAW telah berpuasa penuh sepanjang bulan tersebut. * Puasa hari Isnin Sebuah Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah r.a bermaksud sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir dalam bulan Sya'ban akan diampunkan dosanya. * Puasa Hari Khamis Mereka yang berpuasa sunat pada hari khamis pertama bulan Sya'ban dan khamis terakhir bulan Sya'ban akan dimasukkan kedalam syurga. * Puasa sehari akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. * Puasa Tiga Hari Berpuasa sunat tiga hari dalam bulan Sya'ban dan berselawat ke atas Nabi SAW sebelum berbuka, akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya. * Puasa Sebulan Sya'ban Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebulan Sya'ban maka akan dimudahkan Allah semasa sakaratul-maut, terlepas dari segala azab dan ditutup Allah akan aibnya pada hari Kiamat dan diwajibkannya syurga baginya. Sekian Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]