Laporan PEARLS IN YOU '09

KAHERAH, 18-19 Julai- Unit Dakwah dan Tarbiyyah dengan kerjasama Unit Pendidikan HEWI MTP telah mengadakan program ‘PEARLS IN YOU ‘ 09’ dengan tema “Menobat Kredibiliti Srikandi”.





Program selama dua hari ini telah disertai oleh bukan saja mahasiswi –mahasiswi Negeri Sembilan dari Kaherah tetapi mahasiswi-mahasiswi dari muhafazah juga tidak ketinggalan untuk turut serta bagi memeriahkan lagi program ini.



Hari pertama program telah dimulai dengan ziarah maqam aulia’ yang terdapat di sekitar Kaherah seawal jam 9.00 pagi. Sepanjang ziarah maqam tersebut, para peserta telah diberikan sedikit taklimat ringkas berkenaan dengan setiap maqam aulia’ yang diziarahi seperti bibliografi ulama’ tersebut, sumbangan mereka terhadap Islam, juga diselitkan beberapa peristiwa penting berkaitan dengan sejarah hidup mereka yang mana tidak pernah diketahui oleh peserta rata-ratanya sebelum ini. Antara maqam aulia’ yang dikunjungi adalah maqam Sayyid Soleh al-Ja’fari, Imam Abdul Wahhab asy- Sya’rani, Sayyidah Rabi’atul al-‘Adawiyyah, Sayyidah Nafisah binti Sayyid Hasan al- Anwar, Sayyidah Zainab, Imam Waki’ bin al- Jarrah, Imam asy-Syafi’e, Syeikhul Islam Zakaria al- Ansori, Al-‘Allamah Ibnu Hajar al- Asqalani, Syeikh Imam Ibnu Sirin, Sayyid Abul ‘Abbas ad- Dandarawi dan banyak lagi.




Program diteruskan lagi pada hari kedua dengan acara dewan yang berlangsung di Dewan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani(Dewan SAQAJ) RNSK pada jam 8.30 pagi. Acara dimulai dengan majlis perasmian program “Pearls In You ‘09” oleh Ibunda Pn. Hjh. Habsah bt Hj. Omar. Kerancakan program telah dimulakan dengan Talk Show ‘Sisters in Islam’ yang telah dikendalikan oleh Dr. Siti Sarah bt Mustaza bersama dua orang ahli panel iaitu Ustazah Siti Nuraini bt Salim dan Dr. Zeti Sofea bt Zanib. Kesinambungan dari Talk Show ini telah didiskusikan lagi melalui kitab ‘Tahrir Al-Marah’ melalui pembentangan setiap kumpulan dan ulasan oleh Ustazah Mahfuzoh bt Saidina Abu Bakar. Tenaga pengajar dari luar turut diundang dalam program ini untuk mengisi slot ‘Muslimah Kreatif’ dan ‘Jom ke Dapur bersama…’iaitu ibu Yus dan ibu Nur. Selain itu, kepekaan peserta ketika jaulah turut diuji melalui slot ‘Santai Ilmiah.’


Jam 7.33 petang, majlis telah ditutup dengan tayangan slide show dan nyanyian lagu tema Akrab Persahabatan dengan penuh penghayatan dan suasana mahabbah.

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]