Majlis Khatam Al-Quran

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah... 30.06.2009 selepas Maghrib dilangsungkan Majlis Khatam Al-Quran... Ditaja oleh 2 sahabat kita iaitu Ahmad Naim Mazlan Dikenali ngan Abg Im dan juga Mohd Zaquwan Zakaria Dikenali Abg Zack. Syukur kepada Allah, dengan rezeki-Nya... dengan Nikmat-Nya... Kedua-dua sahabat kite telah selasai khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Syeikh Wail Al-Misri di Masjid Fath Qodir. Yang paling penting... Kami berasa kenyang...Betul tak Syakuragi Al-Hensami... Ada makan2 sikit... Terima Kasih kepada penaja... Dan tak lupa pada chef-chef yang arif dalam bab memasak nie... Makanan memang First Class... Terima Kasih ye... Jadi, pada tersebut juga... Banyak nasihat yang diberikan kepada kite semua... Syeikh Wail banyak menyebut Itqon... Itqon... Itqon... Ini bermakna, Syeikh amat menitik berat soal bacaan Al-Quran dengan teliti. Selain itu juga, bila kita baca... kita paham makna... kita hayati ayat-ayat Al-Quran... Yang paling penting kita amalkan... Cuba kite renung2 kan ayat-ayat ni: Berapa ramaikah orang baca Al-Quran daripada yang tidak membaca??? Jika dia baca, Berapa ramaikah pula yang memahami Al-Quran apa yang dia baca??? Jika dia faham apa yang dibaca, Berapa ramaikah yang menghayati ayat-ayat Al-Quran??? Jika dia menghayati, Berapa ramaikah pula yang mengamalkan dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca??? Sama-sama la, kita muhasabah diri kita... Kita yang mana satu??? Terima kasih selagi kepada semua... Sama ada terlibat secara langsung ataupun tidak... Tidak lama lagi, Saudara Khoir plak khatam Al-Quran... Insya Allah... Moga2 semua Anak-Anak Negeri Sembilan Khatam Al-Quran... Ameen... Segala Nasihat yang Syeikh berikan kepada kita... Kita sematkan dalam kalbu... Untuk kita sama2 mandapat Keredhaan Allah... Ameen Ya Rabb... Wasalam...

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]