[MAJLIS PELANTIKAN MTPANSM SESI 2017/2018 & PERASMIAN LOGO BAHARU MTPANSM]

[MAJLIS PELANTIKAN MTPANSM SESI 2017/2018 & PERASMIAN LOGO BAHARU MTPANSM]
JUMAAT,15/12/2017 -
Saf tertinggi MTPANSM sesi 2016/2017 telah mengadakan program Majlis Pelantikan MTPANSM untuk sesi 2017/2018 serta perasmian logo baharu MTPANSM.
Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Khas Kebajikan Pelajar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Encik Ibrahim bin Noor Azam dan ucapan penggulungan yang disampaikan oleh wakil pengerusi MTPANSM sesi16/17 iaitu saudara Mohd Firdaus bin Ramlan . Seterusnya , majlis diteruskan dengan penyerahan sijil penghargaan kepada barisan MTPANSM dan ketua kampung RNSK sesi 16/17 .
Setelah tamat penyerahan sijil penghargaan dan lantikan , majlis diteruskan dgn ucaptama daripada pengerusi MTPANSM sesi 17/18 saudara Khubaib bin Ramlan.Terpetik dari kalam pengerusi MTPANSM sesi 17/18 bahawasanya barisan MTPANSM pada sesi kali ini akan memperkukuhkan lagi suasana Biah Solehah dalam kalangan anak-anak Negeri Sembilan.Majlis diakhiri dengan gimik perasmian logo baharu MTPANSM oleh Pegawai Khas Kebajikan Pelajar Negeri Sembilan Encik Ibrahim bin Noor Azam .
Sekalung penghargaan kepada saf tertinggi MTPANSM sesi 16/17 atas sumbangan kalian dalam menguruskan kebajikan anak-anak Negeri Sembilan dengan jayanya, semoga Allah membalas jasa baik kalian.
Juga tahniah kepada barisan MTPANSM 17/18 yang telah diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan tersebut, jangan menganggap jawatan tersebut sebagai bebanan tetapi anggaplah ia sebagai amanah dan kepercayaan yang diberi oleh Allah kepada kalian.
Tidak dilupakan juga ,terima kasih kepada anak-anak Negeri Sembilan yang turut hadir bagi menjayakan program kali ini .
"Beriman,Berilmu,Beramal"
Disediakan oleh,
MTPANSM 2017/2018

Gambar anak-anak Negeri Sembilan Mesir mendengar ucapan pegawai khas kebajikan pelajar Encik Ibrahim bin Noor Azam.

Gambar saudara Firdaus sebagai pemangku pengerusi MTPANSM 2016/2017 dan saudara Kubaib sebagai pengerusi baharu MTPANSM 2017/2018 bersama Pegawai Khas Kebajikan Pelajar Encik Ibrahim bin Noor Azam.


Gambar Pegawai Khas Kebajikan Pelajar Encik Ibrahim bin Noor Azam dan Saudara Khubaib merasmikan logo baharu MTPANSM

Gambar barisan Ahli Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir bersama Pegawai Khas Kebajikan Pelajar Encik Ibrahim bin Noor Azam

Gambar Ikhwah Anak-anak Negeri Sembilan Mesir bersama Pegawai Khas Kebajikan Pelajar Encik Ibrahim bin Noor Azam


Gambar Akhowat Anak-anak Negeri Sembilan Mesir bersama Pegawai Khas Kebajikan Pelajar Encik Ibrahim bin Noor Azam

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]