KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS TERTINGGI PENGURUSAN ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN (MTPANSM) KE ATAS MENTERI PENASIHAT EME

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS TERTINGGI PENGURUSAN ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN (MTPANSM)KE ATAS MENTERI PENASIHAT EME
26 Disember 2017 - Menteri Penasihat (Pendidikan), Encik Aizal bin Anual telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan (MTPANSM) pada jam 2.00 petang di bilik mesyuarat Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK).
MTPANSM ditubuhkan pada Januari 2011 dan berdaftar di bawah EME. Topik utama yang dibincangkan di dalam pertemuan kali ini adalah melibatkan hal-hal berkaitan kebajikan pelajar dan juga keutamaan perkongsian maklumat dari semasa ke semasa serta perkongsian berkaitan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2018
Encik Aizal bin Anual berpesan bahawa berpersatuan dapat meningkatkan pengalaman dan kemahiran yang tidak mungkin diperoleh dalam proses kuliah. Walau bagaimanapun, beliau menekankan agar pelajaran perlu diutamakan dalam setiap perkara.
EME mengucapkan terima kasih di atas kunjungan hormat tersebut.









Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]