Pemenang-pemenang Program Baiti Jannati

Isnin,25/12/2017- MTPANSM 16/17 dibawah anjuran Exco Perumahan 16/17 telah memberi penghargaan kepada pemenang-pemenang Program Baiti Jannati yang telah diadakan sebanyak 3 kali untuk sesi kali ini.
Pemenang Baiti Jannati telah ditentukan dengan markah-markah yang terkumpul untuk setiap tempat. Berikut merupakan pemenang keseluruhan bagi Program Baiti Jannati:
Ikhwah
JOHAN - 6A : 73.3%
NAIB JOHAN - 6B : 66.5%
KETIGA - 3A : 60.1%
Akhawat
JOHAN - 3B : 76.6%
NAIB JOHAN - 5B : 73.8%
KETIGA - 4A : 71.1%
Hadiah Penghargaan telah disampaikan oleh Pegawai Khas Kebajikan Pelajar MAINS, En. Ibrahim b. Noor Azam.Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang bagi program ini dan Terima kasih diucapkan kepada semua ahli RNSK yg menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.
Diharapkan agar program ini membantu menceriakan Rumah Negeri Sembilan Kaherah(RNSK) dan diharap agar program ini dapat diteruskan untuk sesi yang akan datang.
Segala kekurangan dan kesulitan ketika menjalani program ini,Exco Perumahan sesi 16/17 dengan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan.
Sekian,Terima kasih.
Disediakan oleh:
Exco Perumahan
MTPANSM 16/17



Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]