Pasukan Bola Sepak N9 di Kancah Piala Malaysia09.

Assalamualaikum w.b.t Kali ini saya akan menulis tentang pasukan bola sepak N9 yang telah menyertai kejohanan Piala Malaysia pada 25 hingga 29 aribulan 7 yang lalu. Sedikit pengenalan tentang Piala Malaysia kali ini. Pemain yang berdaftar seramai 15 orang, tetapi yang akan bermain hanyalah seramai 9 orang atau pun dipanggil permainan 9 sebelah.Tiada 'offside'.Ini adalah antara keistimewaan permainan bola sepak yang dipanggil 9 sebelah.Syarat-syarat lain adalah seperti biasa. Majlis perasmian. Sebelum Piala Malaysia bermula,pemain-pemain N9 telah dipilih melalui pemilihan yang telah diadakan di nadi syabab.Beberapa pemain yang terbaik telah dipilh untuk mewakili pasukan.Selepas sesi pemilihan dilakukan,pemain-pemain N9 telah berlatih untuk meningkatkan diri dari segala aspek.Antara latihan yang dilakukan ialah larian untuk mencari stamina dengan berlari mengelilingi hadiqah dauliah. Memohon keredhaan Allah s.w.t. sebelum memulakan perlawanan. Selepas berlatih dengan bersungguh-sungguh, kami telah bertolak ke venue di Zaqaziq dengan menaiki 2 buah tremco. Setelah 5 hari kami berada di sana, kami telah Berjaya memecahkan penantian penyokong-penyokong skuad bola sepak N9 selama 6 tahun untuk melepasi peringkat kumpulan. Bahkan kami Berjaya layak sehingga peringkat separuh akhir.Alhamdulillah. Di peringkat kumpulan, kami telah diletakkan bersama kumpulan Tanta, Dumyat dan Selangor. Untuk makluman semua, Tanta merupakan juara Piala Presiden yang telah dilangsungkan pada musim sejuk yang lepas. Kami telah menjadi juara bagi peringkat kumpulan dengan memenangi ke semua perlawanan dengan jaringan 1 gol berbalas 0. Memanaskan badan sebelum bertempur Pada hari terkakhir kami di Zaqaziq, kami telah melalui perlawanan yang amat getir dengan jadual yang begitu padat dan pasukan-pasukan yang akan di temui selepas ini hebat sekali. Di peringkat suku akhir, pasukan N9 telah bertemu dengan pasukan Melaka dan kami telah menang sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan. Selepas itu kami melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dan telah bertemu dengan pasukan Mansuroh. Di perlawanan ini, kami telah tertewas buat kali pertama sepanjang kejohanan ini berlansgsung. Kami gagal ke peringkat akhir kerana telah di tewaskan oleh pasukan Mansuroh di dalam sepakan penalti setelah sekali lagi seri tanpa jaringan. Keadaan ini berlaku gara-gara jadual perlawanan kami yang begitu padat. Pada perlawanan tempat ke-3 & ke-4, kami telah bertemu dengan pasukan dari tuan rumah yang begitu hebat. Kami berjaya mengheret pasukan tersebut sehingga masa tambahan. Dan akhirnya, kami telah di ditewaskan dengan jaringan hasil remabatan dari jarak jauh pasukan zaqaziq ketika masa tambahan. Sebelum memulakan perlawanan separuh akhir. Maka, berakhirlah perjalanan hebat kami sepanjang berlangsungnya kejohanan Piala Malaysia ini. Kami akur dengan keputusan kami yang berjaya mendapat tempat ke-4 keseluruhan dan kami berasa amat berbangga kerana berjaya menaikkan kembali pasukan bola sepak N9 sebaris dengan pasukan-pasukan yang handal masa kini di Republik Arab Mesir ni. Barisan pasukan N9 Disini, kami sertakan keputusan penuh perjalanan pasukan N9 sepanjang Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia ini berlangsung :- Peringkat Kumpulan (25/07/09 – 28/07/09) Negeri Sembilan(1) vs Selangor(0) - Abdul Hanis Mohd Daud Tanta(0) vs Negeri Sembilan(1) - Ahmad Hazran Ahmad Kamal Negeri Sembilan(1) vs Dumyat(0) - Ahmad Badrul Hisyam Shah Rafie Suku Akhir (29/07/09) Negeri Sembilan(0) vs Melaka(0) (Pen : 5 - 4) - Ahmad Naim Azlan 0 - M. Nawaf Azimi 0 - Ahmad Badrul Hisyam Shah Rafie 0 - Ahmad Hazran Ahmad Kamal 0 - Azmi Ahmad 0 Separuh Akhir (29/07/09) Negeri Sembilan(0) vs Mansuroh(0) - Ahmad Naim Azlan + - M. Nawaf Azimi + - Abdul Hanis Mohd Daud 0 (Pen : 1 – 4) Tempat ke-3 & ke-4 (29/07/09) Zaqaziq(1) vs Negeri Sembilan(0) - Gol 0 - Tidak Gol +

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]