Media Kontemporari Negeri Sembilan

Assalamualaikum W.B.T... Kali ini penulis akan menulis tentang majalah terbaru yang telah diterbitkan oleh anak-anak Negeri Sembilan.Majalah ini telah diberi nama Media Kontemporari Negeri Sembilan atau sinonimnya ialah MATAN. Majalah ini adalah julung-julung kalinya diterbitkan oleh Negeri Sembilan di bawah naungan Unit Penulisan yang berada dalam kelolaan Unit Pendidikan Majlis Tertinggi Pengurusan Negeri Sembilan. Terdapat bahan-bahan yang menarik terdapat di dalam majalah ini antaranya kenali syeikh,antarabangsa,tafaqquh,info azhar,feminin,maskulin,wawancara,dan kembara kuliah. Majalah dwibulanan ini telah dikeluarkan dan dirasmikan pada hari penutup program orientasi pada Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu yang lalu.Harga majalah ini hanya LE 6.00 senaskhah. Sahabat-sahabat boleh mendapatkan MATAN pada Ustaz Danial Farhan B.Dolmat untuk ikhwah dan akhawat boleh mendapatkan MATAN pada Ustazah Syahirah Bte.Muhd Yusoff. Sekian,Wassalam...

Comments

Popular posts from this blog

[ZIARAH MAHABBAH ]

CARTA ORGANISASI MAJLIS TERTINGGI PENGURUSAN ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN MESIR (MTPANSM) SESI 2016/2017