Orientasi Mahasiswa/wi Baharu

Assalamualaikum W.B.T..... Sudah lama rasanya tidak bersua di ruangan ini.Kami juga memohon ribuan kemaafan kerana sudah lama tidak meng'update' blog ini disebabkan kesibukan yang tidak terhingga. Di sini penulis akan menulis kepada sahabat-sahabat tentang Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu(PSMB) yang telah dianjurkan oleh rumah N9 Kaherah. Selepas mahasiswa/wi baharu sampai ke bumi Mesir ini pada hari Ahad bersamaan 9 Ogos 2009 yang lalu,mereka telah mengikuti program orientasi yang telah berjalan selama 6 hari iaitu dari 10 Ogos 09 sehingga 15 Ogos 09. Di dalam program orientasi ini,telah dianjurkan beberapa aktiviti seperti majlis ramah mesra bersama ayah dan ibu,motivasi,'talk show',program uji minda,debat,usrah,dan juga beberapa taklimat seperti taklimat keselamatan.Beberapa orang moderator telah diundang bagi menjayakan aktiviti yang telah dirancang. Majlis perasmian pembukaan telah diadakan pada hari keempat program orientasi bersamaan 13 Ogos 09 pada jam 9.00 pagi.Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Yazit B. Kechik yang juga merupakan Atase Agama JPMK,manakala perasmian penutup pula telah diadakan pada hari terakhir program orientasi bersamaan hari Sabtu 15 Ogos 09.Majlis perasmian penutup program orientasi mahasiswa/wi baharu ini telah dirasmikan oleh Encik Zainuddin b Ab Rahman yang merupakan Atase Pendidikan JPMK.Dengan berakhirnya majlis perasmian penutup itu,maka berakhirlah program orientasi bagi mahasiswa/wi baharu bagi sesi 09/10. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak JPMK yang telah memberi sokongan yang sepenuhnya.Juga tidak dilupakan dorongan dan semangat daripada Pegawai Khas Rumah Kebajikan Anak-anak N9 dan isteri.Juga nasihat yang tidak putus-putus daripada Majlis Tertinggi Pengurusan,serta AJK-AJK pelaksana Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu yang bertungkus-lumus serta bersedia bersengkang mata bagi memastikan program pada kali ini berjalan dengan lancar. Akhir kalam,marilah kita bersama-sama anak-anak N9 memberi semangat ,dorongan serta tunjuk ajar kepada sahabat-sahabat kita yang baharu ini,supaya apa yang dicita-citakan oleh mereka sebelum sampai ke Bumi Anbia' ini tercapai.InsyaAllah.....

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]