Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum




Selamat datang mahasiswa/wi baharu ke Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK). Halaman yang menjanjikan kebahagiaan dan keharmonian pada yang tahu menilai erti kasih sayang. Setiap tahun, RNSK akan menyambut kedatangan pelajar baharu bagi meneruskan legasi ilmu serta meneruskan kesinambungan dakwah islamiah yang diwarisi sejak dahulu lagi.


Tahun ini seramai 52 orang pelajar baharu yang akan menyambung perjuangan di perlembahan Nil ini. Bilangan ini termasuklah 7 orang pelajar yang akan ke Jordan. 33 terdiri daripada lelaki dan baki selebihnya seramai 19 orang penuntut puteri. Dua bulan pertama ini mereka akan menyertai Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu termasuklah seminggu program orentasi dan selebinnya kelas tutorial bersama Maahad Iqra’. Selain itu mereka akan turut serta berjaulah merentas sekitar Kaherah dan Iskandariah selain melawat makam-makam yang terdapat di Bumi Anbiya’ ini. Pastinya program ini suatu yang menyeronokkan selain mendapat layanan baik yang istimewa daripada senior- senior yang ada di Rumah Negeri Sembilan ini.


Sebenarnya PSMB adalah merupakan kontinuiti daripada Program Intensif Timur Tengah (PITT) yang diikuti oleh pelajar tajaan MAINS sebelum berlepas ke Timur Tengah. Selama sebulan mereka berkursus di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi Seremban. Kini, mereka akan menyambung kursus tersebut di Ardil Kinanah ini untuk tempoh dua bulan lagi. Ini adalah merupakan satu kelebihan kurniaan Tuhan bagi anak-anak Negeri Sembilan, dan peluang sekali ini perlu dimanfaati sepenuhnya agar pelajar baharu tahun ini dapat bersedia seluruhnya dari sudut mental dan spiritual untuk menempuh alam pengajian di Timur Tengah


Tahun ini anak-anak negeri akan menyambut PSMB bersama ayahanda dan bonda yang baharu iaitu Tuan Haji Mohd Zin bin Abu dan Hajjah Habsah binti Haji Omar.


Bersesuaian dengan ayah dan ibu yang baharu, tema tahun ini juga adalah baharu iaitu Ukhuwah Abadi, Lestari Akal Budi. Bila ditanya kepada Pengarah PSMB tahun ini Muhammad Zuhairi bin Ismail, apakah mesej yang hendak disampaikan daripada tema ini?, jawabnya ikatan silaturrahim yang sebenar adalah apabila kita bersahabat ikhlas semata-mata kerana Allah tanpa mengharap apapun ganjaran dan balasan. Inilah yang cuba digarap di dalam Komiti Keluarga PSMB dan pelajar baharu serta seluruh anak negeri yang ada di Mesir ini. Ikatan persaudaraan yang kukuh ini akan menjadi perangsang membentuk insan yang lestari (bijaksana) yang punyai kredebiliti yang tinggi sama ada ada dalam bidang ilmu pengetahuan mahupun sahsiah jati diri.


Segala persiapan telah diatur dan hanya menanti saat menunggu kedatangan 52 pelajar baharu di mator Kaherah ini. Pastinya setiap pelajar baharu ini punyai azam dan semangat yang membara untuk membuktikan mereka adalah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik Bersama kita doakan agar mereka dapat menunaikan harapan keluarga, masyarakat dan negara khususnya Negeri Sembilan tercinta. Doakan juga kejayaan komiti PSMB yang menyusunatur program selama dua bulan ini.

‘BERSATU NOGORI DI ARDIL KINANAH, MENUJU JALAN MENITI JANNAH’

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]