Ziarah Mahabbah Tanta dan Mansurah
16 Mac 2014, Sabtu: MTPANSM telah mengadakan sesi Ziarah
Mahabbah kali ke kedua pada tahun ini di Tanta dan Mansurah pada 15 Mac 2014 selepas Ziarah
Mahabbah ke Iskandariah pada 1 Mac 2014 yang lepas. Program ini bertujuan untuk
melawat tempat dan mengenali dengan lebih dekat anak-anak Negeri Sembilan yang
menuntut di Mesir. Selain itu, program ini juga mengenalkan anak-anak Negeri
Sembilan kepada Pegawai Khas Kebajikan Pelajar atau nama jawatan yang baru
diberi iaitu Atase Pendidikan Negeri Sembilan, Tuan Haji Abdul Hamid bin Jaman
yang baru berkhidmat sejak Oktober 2013 yang lalu.
Delegasi
Khas MTPANSM diketuai oleh Atase Pendidikan bersama isteri serta Pengerusi,
Timbalan Ketua HEWI dan beberapa wakil ketua dan timbalan exco MTPANSM. Ziarah
ini dimulakan dengan melawat penempatan mahasiswa Fakulti Al-Quraan, Qiraat wa
Ulumiha berdekatan dengan Universiti Al-Azhar, Tanta. Negeri Sembilan mempunyai
3 orang mahasiswa yang menuntut di dalam fakulti ini. Mereka tidak mempunyai
banyak masalah dalam pembelajaran tetapi masalah membuat visa berlaku pada
tahun ini. Fail pelajar tersebut masih belum sampai di Universiti dan ini
membuatkan Universiti tidak dapat mengeluarkan surat membuat visa.
![]() |
Sesi bergambar bersama mahasiswa Fakulti Al-Quraan, Qiraat wa Ulumiha bersama Delegasi Khas MTPANSM |
Selepas
mendengar cadangan dan masalah daripada pihak berkenaan, MTPANSM akan membuat satu
kertas kerja insentif bagi mahasiswa fakulti tersebut untuk menaikkan lagi
semangat mereka. Ini kerana fakulti mereka tidak termasuk dalam projek insentif
yang telah diwujudkan pada tahun lepas. Atase Pendidikan bersetuju dengan
cadangan tersebut dan akan memanjangkan perkara tersebut kepada pihak atasan.
MTPANSM mengucapkan jutaan terima kasih kepada mahasiswa Pengajian Islam Tanta
yang melayan delegasi MTPANSM dengan baik sekali.
Seterusnya,
delegasi mengambil kesempatan mengunjungi Maqam Sayyidi Ahmad Badawi yang
merupakan ahli beit Rasulullah. Delegasi meneruskan perjalanan ke Dewan Pelajar
Tanta untuk berjumpa dengan mahasiswa/I Perubatan Universiti Tanta. 28 orang
pelajar Negeri Sembilan yang menuntut di Universiti Tanta berdaftar di bawah
MTPANSM. Namun begitu, kebanyakkan ahli mempunyai komitmen mereka yang
tersendiri yang menyebabkan sebilangan kecil mereka sahaja yang hadir. Di sini,
Atase Pendidikan beramah mesra bersama mahasiswa/I tersebut dan banyak amanat
yang telah disampaikan.
![]() |
Sesi bergambar bersama mahasiswa/i Perubatan Universiti Tanta dan Delegasi Khas MTPANSM |
Ayah
Hamid mengingatkan mereka supaya meningkatkan pengetahuan dalam Bahasa Arab
untuk memudahkan mereka berinteraksi dengan pesakit yang daripada masyarakat
Arab. Seterusnya, berpesan supaya sentiasa menjaga keselamatan sesama sendiri
dan mengingatkan antara satu sama lain supaya tidak leka. Timbalan Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Tanta turut bersama di dalam perjumpaan tersebut sebagai
wakil dari PERUBATAN. Perjumpaan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar.
Delegasi
meneruskan perjalanan ke Mansurah untuk melawat mahasiswa/I Perubatan dan
Pengajian Islam di Markaz Perubatan Mansurah. Namun begitu, delegasi tidak
dapat hadir ke markaz pada masanya kerana berlaku sedikit musibah yang
menyebabkan perjalanan amat lewat. Delegasi memohon jutaan kemaafan kepada
mahasiswa/I Perubatan dan Pengajian Islam yang penat menunggu kami di markaz
atas kelewatan kami.
![]() |
Sesi bergambar bersama mahasiswa/i Perubatan dan Pengajian Islam di Mansurah |
Cawangan
Universiti Mansurah mencatatkan bilangan mahasiswa /I Negeri Sembilan yang
paling ramai berdaftar di bawah MTPANSM iaitu seramai 64 orang. Oleh kerana
kelewatan pihak delegasi, program ini tidak dapat dilangsungkan dengan
sempurna. Namun begitu, pihak MTPANSM mengucapkan jutaan terima kasih kepada
mahasiswa/I yang hadir mahupun yang pulang awal kerana mempunyai komitmen yang
lain. Siri Ziarah Mahabbah yang lain akan berlangsung pada 22 Mac di Zaqaziq.
Comments
Post a Comment