MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MUMTAZ III & MAJLIS KECEMERLANGAN PELAJAR 2013

Khamis, 13 Mac 2014 : Saban tahun, MTPANSM mengadakan Majlis Kecemerlangan Pelajar (MKAP) untuk meraikan para graduan dan menghargai mahasiswa/I yang memperoleh keputusan cemerlang pada setiap tahun. Pada tahun ini, MKAP diadakan sedikit lewat daripada jadual yang ditetapkan kerana cuti musim panas yang dipanjangkan oleh kerajaan Mesir. Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) menjadi saksi majlis bersejarah pada kali ini.



Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Ketua Exco Dakwah dan Tarbiah MTPANSM. TYT Dato’ Ku Jaafar bin Ku Shaari, Duta Besar Malaysia ke Mesir  dan Palestin sampai di RNSK awal daripada jadual dan meminta pihak RNSK membuat Solat Hajat untuk keselamatan penumpang-penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Majlis juga diserikan dengan Prof Madya Mohd Radhi bin Ibrahim, Menteri Penasihat Pendidikan bersama isteri, Encik Anuar bin Idris, Atase Pendidikan Melaka dan Encik Azhar bin Salleh, Atase Pendidikan Kelantan.

Majlis dimulakan pada 7.15 petang yang diacarakan oleh Muhammad Al-Ghazalli bin Abdol Malek dan Abdul Aziz bin Saidina Abu Bakar. Majlis dibawa dalam dua Bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Atase Pendidikan Negeri Sembilan, Tuan Haji Abdul Hamid bin Jaman membentangkan statistik kelulusan peperiksaan kepada semua hadirin dan def-def kehormat. Beliau mengharapkan kecemerlangan mahasiswa/I Negeri Sembilan dapat dikekalkan dalam projek Mumtaz III pada kali ini. 




Prof Madya Mohd Radhi memohon agar mahasiswa/i Negeri Sembilan menghargai usaha kerajaan Negeri Sembilan dalam membentuk sahsiah dan meningkatkan kadar pemahaman dalam pelajaran ini dengan mendapatkan keputusan yang cemerlang pada peperiksaan yang akan datang. TYT Dato’ Ku Jaafar menyampaikan maksud yang mendalam melalui ayat, kita perlu memerhatikan alam dengan akal dan disertai dengan perasaan yang diasuh Al-Quran dan As-Sunnah. Seterusnya, beliau merasmikan pelancaran MUMTAZ III 2013/2014. Fakta yang menarik mengenai TYT Duta ialah isteri beliau merupakan anak jati Negeri Sembilan yang berasal dari Tanjung Ipoh, Kuala Pilah
.
93 penerima anugerah termasuk 5 graduan telah menerima anugerah pada kali ini. Mereka merupakan mahasiswa/I yang mendaftar di bawah persatuan MTPANSM dan kebanyakan mereka mendapat tajaan atau bantuan zakat daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Sebelum acara penyampaian sijil penghargaan dan hadiah, majlis diserikan persembahan anak Negeri Sembilan iaitu alunan nasyid dan paluan gendang untuk menjadi halwa telinga para hadirin.



Pihak pengurusan RNSK dan MTPANSM telah memilih penerima Anugerah Khas dalam kalangan penerima anugerah untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka dan mengiktiraf kecemerlangan mereka. Berikut merupakan senarai nama penerima Anugerah Khas dan Graduan Negeri Sembilan yang sempat bersama dalam majlis ini:

A.      Graduan Negeri Sembilan
1.       Helimy bin Aris, Master Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar, Kaherah
2.       Muhammad Auf bin Norzan Shah, Sarjana Muda Fakulti Takhassus Qiraat, Universiti Al-Azhar, Shoubra
3.       Muhammad Mujahiddin bin Zainuddin, Sarjana Muda Fakulti Takhassus Qiraat, Universiti Al-Azhar, Shoubra
4.       Muhammad Affan bin Norzan Shah, Sarjana Muda Fakulti Perubatan Universiti Mansurah, Mansurah.
5.     Siti Nur Ain Sahleha binti Zaharuddin, Sarjana Muda Fakulti Perubatan Universiti Mansurah, Mansurah.

B. Anugerah Tunas Harapan

i.                    Lelaki- Muhammad Zaid bin Shamshul Kamar, Mahasiswa Tahun 2 Fakulti Takhassus Qiraat, Universiti Al-Azhar, Shoubra
ii.                  Perempuan- Wan Nur Izzati binti Wan Mohd Izzuddin, Mahasiswi Tahun 2 Fakulti Perubatan, Universiti Ain Shams, Kaherah.

 C.  Anugerah Pelajar Mithali

i.                    Lelaki- Muhammad Auf bin Norzan Shah, Sarjana Muda Fakulti Takhassus Qiraat, Universiti Al-Azhar, Shoubra
ii.                  Perempuan- Muniratul Aqilah binti Mukhtar, Mahasiswi Tahun 4 Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar, Kaherah
 D. Anugerah Tokoh Perdana

                     Helimy bin Aris, Master Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar, Kaherah


                Akhirnya, majlis diakhiri dengan sambutan hari lahir bagi mahasiswa/I  Negeri Sembilan yang lahir pada bulan Disember, Januari, dan Februari serta sesi bergambar bersama TYT Duta, Menteri Penasihat Pendidikan, Atase Pendidikan Negeri Sembilan, Melaka, dan Kelantan. MTPANSM mengharapkan agar mahasiswa/I yang mendapat keputusan cemerlang dapat mengekalkan dan mendorong sahabat-sahabat lain untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat.




Comments

  1. tahniah.. teruskan kecemerlangan semua

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah akan dikekalkan. Selamat maju jaya juga kepada kamu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]