LAPORAN PROGRAM MAJLIS PENGHARGAAN PERUBATAN (MPP) Generasi I

19 FEBRUARI 2013- Selasa, Exco Kebajikan Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM) telah mengadakan Majlis Penghargaan Perubatan Generasi I yang bertempat di musolla Rumah Anak-Anak Negeri Sembilan. Program ini merupakan upacara kali pertama diadakan oleh MTPANSM selama penubuhan persatuan ini.


Dari kiri: Ain Arshad, Safura Idris, Duratul'ain, Roamadona (Graduan) , Auf (Pengerusi MTPANSM), Rahim Rahman (Pengerusi Majlis)



          Pada tahun 2006, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menghantar sejumlah anak-anak Negeri Sembilan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan di bumi Mesir. Selama 6 tahun dan 5 bulan, mereka berjuang dalam medan ilmu, akhirnya lahirlah 13 orang graduan yang menggulung Ijazah Pertama dalam bidang Perubatan. Mereka terdiri daripada 4 orang lelaki dan 9 orang perempuan.


         MPP kali pertama ini diadakan dengan sambutan yang ringkas tapi bermakna untuk para graduan. MPP dimulakan selepas solat Maghrib dengan bacaan Yasin dan Doa Selamat oleh Exco Dakwah dan Tarbiah. Selepas menunaikan solat Isya’, MPP bersambung dengan acara dewan yang menghimpunkan kalam-kalam berharga dari wakil pegawai, pengerusi MTPANSM, serta graduan yang hadir pada MPP pada malam itu.


Ucapan salah seorang Graduan, Ain Arshad

        Graduan yang hadir pada MPP kali ini seramai 4 orang sahaja yang terdiri daripada Romadonazikri bin Aslim (Mansurah), Nurul Ain bte Arshad (Mansurah), Siti Safura bte Haji Idris (Mansurah), dan Duratul’ain bte Mohamad Nazri (Zaqaziq). Kebanyakan graduan yang tidak dapat hadir pada MPP ini adalah kerana mereka menunaikan ibadah umrah.



Penyerahan cenderamata kepada graduan oleh Ustaz Ahmad Badrulhisham


        MTPANSM mengharapkan majlis ini dapat diadakan pada tahun akan datang kerana ini merupakan antara salah satu medium yang boleh menghimpunkan anak-anak Negeri Sembilan tanpa batasan pengajian. Akhir kalam, MTPANSM menyeru kepada semua ahli supaya menjadikan mereka yang berjaya pada tahun ini sebagai penanda aras untuk terus mencari ilmu di bumi Mesir ini.



Gambar kenangan untuk tatapan anak-anak cucu satu hari nanti

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]