PROGRAM SAMBUTAN MAHASISWA/WI BARU 2013/2014

 Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) telah menyambut ketibaan para pelajar baru seramai 32 orang di bawah tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pada 5 November yang lalu. Sehubungan dengan itu, Program Sambutan Mahasiswa/wi Baru (PSMB) yang telah dirangka rapi sebelumnya telah dilaksanakan bermula pada 5 November hingga 8 November 2013.


Objektif program ini adalah untuk melahirkan generasi ilmuan yang terarah dan bertanggungjawab selain memberikan pendedahan tentang suasana pembelajaran, kehidupan dan aktiviti sosial di Mesir serta mengeratkan ukhwah sesama kelompok siswa dan siswi anak-anak Negeri Sembilan di Mesir.



Bertemakan “Ukhwah Abadi , Lestari Akal Budi”, agenda tahunan ini dipenuhkan dengan pelbagai slot-slot menarik dan program-program yang baik yang mampu membantu para pelajar baru agar lebih bermotivasi dan bersiap siaga untuk menghadapi kehidupan baru di bumi Anbia’ ini.


Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 4 hari ini adalah Integrasi Kuliah, Diskusi Kitab, Taklimat; Kesihatan, Pendidikan dan Keselamatan dan juga Hari Riadhi. Selain itu, terdapat juga beberapa aktiviti yang telah dirancang dilaksanakan di luar tempoh pelaksanaan program berikutan sesi kuliah bagi para pelajar telahpun bermula seawal Oktober yang lalu, antaranya Ziarah Makam, Jaulah Kaherah dan Jaulah Iskandariah.






Walaupun PSMB pada tahun ini dilaksanakan dalam tempoh yang singkat berbanding tahun-tahun sebelumnya, program ini tetap dapat mencapai objektif dan sasaran yang telah digariskan. Benarlah kata pepatah, “Tegaknya pokok kerana akarnya.”  Tanpa kerjasama dan komitmen daripada semua pihak  mustahil bagi kami untuk merealisasikan pelaksanaan program tahunan ini dengan jayanya. Semoga kesinambungan yang baik daripada program ini berterusan sehingga tahun-tahun yang mendatang.




Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]