Iftor Perdana & Perasmian vcd Jejak Auliya'


LAPORAN MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA & PERASMIAN MAJALAH MATAN EDISI 5 BESERTA VCD JEJAK AULIA’ 2011



Setiap tahun, bila tibanya Ramadhan, Negeri Sembilan akan mengadakan majlis berbuka puasa perdana dengan menjemput tetamu-tetamu dari luar sama ada daripada pihak EM, Kedutaan Malaysia mahupun wakil-wakil BAKAN setiap negeri.
Berhubungkait denganitu, Ramadhan 2011 telah merakamkan majlis berbuka puasa perdana bersama anak-anak N.Sembilan dan tetamu-tetamu jemputan anjuran Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir. Lebih meriah lagi, majlis yang diadakan ini telah disusuli dengan perasmian majalah MATAN edisi 5 beserta VCD Jejak Aulia’ 2011. Sedikit maklumat ringkas mengenai VCD JejakAulia’ ini, ianya adalah dokumentari jaulah maqam yang dirakamkan sekitar kawasan Bahnasa’ ,iaitu tempat ramai para-para ulamak Islam dimaqamkan. Hasil kerjasama ExcoPendidikan & Techno Crew, VCD ini berjaya disiapkan dan dirasmikan malahan telah dihantar ke Malaysia khususnya N.Sembilan untuk gerak kerja jualan.

Alhamdulilah, majlis yang dirancang berjalan lancar dan teratur hasil daripada kerjasama AJKT MTPANSM dan anak-anak N.Sembilan yang lain. Persiapan majlis bermula seawal jam 09.00 pagi. Setiap pelajar bertungkus lumus melakukan kerja masing-masing yang telah diamanahkan, ada yang membersihkan kawasan RNSK, ada juga yang sibuk menghias dewan perasmian dan tempat para tetamu menjamu selera. Tidak dilupakan juga kepada tukang-tukang masak yang sentiasa bersedia memberikan hasil masakan terbaik setiap kali program-program anjuran N.Sembilan diadakan sehinggakan juadah-juadah yang dimasak kerap kali mendapat pujian dari pada tetamu jemputan.

Seperti tahun-tahun yang sudah, pihak Kedutaan Malaysia, pihak Education Malaysia,wakil-wakil BAKAN  serta tetamu-tetamu lain akan dijemput memeriahkan lagi majlis berbuka puasa anjuran N.Sembilan ini. Majlis bermula dengan berbuka puasa secara ringan, kemudian solat maghrib berjemaah, disusuli dengan menjamu juadah berbuka yang dimasak oleh pelajar sendiri. Setelah selesai solat isyak berjemaah, program perasmian dijalankan dan dipengerusikan oleh Ustaz Azman Shah bin Alias kemudian diteruskan dengan perasmian daripada TYT Duta Malaysia ke Mesir, Prof. Madya Dr. Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti. Turut hadir bersama majlis antaranya Prof. Dr. Su’aidi bin Dato’ Haji Syafi’e ,Pengarah Education Malaysia Egypt, dan Encik Shaiful Anuar bin Mohamad ,Menteri Pengajian Tinggi.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan banyak faedah serta manfaat yang dapat diambil daripada majlis ini .Ucapan daripada Dato’ Duta dan Pengarah EM sendiri kebanyakannya berkisarkan mengenai penguasaan ilmu bahasa arab dari pelajar sehinggakan kedua-dua mereka berucap dalam 3 bahasa sekaligus, bahasa melayu, bahasa arab& bahasa inggeris. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya bahasa ini dikuasai. Tidak lupa juga nasihat kepada para pelajar agar mempelajari bidang-bidang lain  seperti pengurusan &perkomputeran sebagai pakej tambahan dalam melengkapkan diri menjadi mahasiswa timur tengah yang berjaya. Sentiasa cuba untuk mengeksploitasikan minda dengan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan satu juadah yang baru untuk Negara & masyarakat, menjadi pendakwah yang mempunyai kredibiliti yang pelbagai supaya kemajuan Negara seiring dengan kemodenan Islam yang sesuai dengan setiap zaman.

Akhir kata, diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa agar setiap pelajar dapat mengambil iktibar dan pengajaran sekaligus dapat menajamkan lagi ilmu masing-masing dalam bidang pengurusan dan bidang tambahan yang lain. 

Comments

  1. harap semua pelaja sokong hasil kerja anak negeri dengan membeli..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]