P.S.M.B 2011/12


LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN MAHASISWA/WI BARU 2011 (PSMB) ANJURAN MAJLIS TERTINGGI PENGURUSAN ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN MESIR (MTPANSM) DENGAN KERJASAMA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS) & SEKRETERIAT MAHASISWA TIMUR TENGAH (SMATT).


             Program  Sambutan Mahasiswa/wi Baru atau ringkasannya PSMB adalah sebuah program yang setiap tahun diadakan sempena kedatangan pelajar-pelajar baru dari Negeri Sembilan ke Mesir bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pengajian Islam mahupun Perubatan. Ianya adalah program susulan daripada Kursus Intensif Bahasa Arab yang telah diadakan di Pusat Dakwah Negeri Sembilan oleh Sekreteriat Mahasiswa Timur Tengah. Justeru, pada tahun ini, PSMB 2011 telah merakamkan pelbagai acara, kelas, ceramah &aktiviti untuk para pelajar selama seminggu.
             
            Secara ringkasnya, Mahasiswa/wi baru yang dihantar kesini telah mengambil kursus selama 2 bulan yang mana ianya dikelolakan oleh SMATT, kemudian disambung kursus itu dengan PSMB 2011 di bawah pantauan persatuan N.Sembilan MTPANSM.
            
            Alhamdulilah, PSMB 2011 kali ini agak berlainan sedikit dari tahun yang sudah kerana buat pertama kalinya AJKT  MTPANSM bersepakat melantik pengarah program dari kalangan mahasiswi yang mana selalunya tampuk kepimpinan sentiasa terarah kepada mahasiswa. Walaubagaimanapun. perjalanan program berjalan lancer dan tersusun. Setiap aktiviti yang dirancangkan dapat dibuat malahan setiap peserta PSMB memberikan kerjasama yang penuh kepada Adhoc sekaligus kesempurnaan setiap satu aktiviti itu dapat dilihat keberkesanannya pada para peserta sendiri.
            
           Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah seperti ceramah keselamatan, program bersama AJKT MTPANSM, Integrsi kuliah, forum pelajar baru, explorace, riadah, jaulahmaqam, jaulah sekitar Kaherah, perbincangan ilmu dalam LDK, ceramah kepentingan ilmu, perbincangan Sains & Quran dan lain-lain lagi.
           
            Seramai 33 orang pelajarbaru yang dihantar,9 orang pelajar perubatan,11 orang pelajar qiraat dan bakinya adalah pelajar pengajian Islam dari kuliah Syariah Islamiah, Bahasa Arab, Usuludin &Dirasat Islamiah. Secara dasarnya, kesemua pelajar N.Sembilan terima masuk ke Universiti Al-Azhar kerana telah lulus dalam peperiksaan penerimaan yakni “imtihan qobul”  di Yayasan Sofa N.Sembilan.
          
           PSMB yang dikelolakan oleh pengarah, Ustazah Nur Aziemah binti Othman dengan dibantu oleh AJKT lain telah dimulakan pada tarikh 13 September 2011 dan secara rasminya ditutup pada 23 September 2011 oleh Menteri Pengajian Tinggi En. Shaiful Anuar Bin Mohamad. Seiring dengan penutupan program, mesyuarat muhasabah telah dilakukan pada 28 September 2011. Banyak komen dan cadangan yang bernas daripada pelajar baru mengenai aktiviti yang sesuai dilakukan untuk pelajar baru pada sesi akan datang. Tidak lupa juga hal-hal berbangkit dari kalangan AJKT sendiri yang mana ianya dibincangkan untuk kemaslahatan bersama dan juga diminitkan untuk dilihat semula pada program PSMB tahun hadapan supaya program seperti ini sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa.
        
explorace
forum
Keseluruhannya,  PSMB 2011 telah mencapai matlamat, visi dan misi yang digariskan iaitu “ Menjulang thaqafah, meribat Ukhwah”. Ucapan terima kasih kepada Pengarah Program serta Ahli Jawatan kuasa Pelaksana lain yang bertungkus lumus menjayakan salah satu daripada 5 program mega N.Sembilan ini. Diharapkan pada tahun hadapan, ada lagi muka-muka baru yang dapat dan mampu memberikan kerjasama pada Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir sekaligus menampakkan keberkesanan setiap kali program dianjurkan.

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]