Risalah As-Syifa' Edisi 1.

EXCO KEBAJIKAN
MAJLIS TERTINGGI PENGURUSAN ANAK-ANAK N.SEMBILAN (MTPANS)

MENARIK MINGGU INI
SATU

Satu sangat banyak kita temui di dalam hidup sehari-hari.
Dari mula lahir hinggalah ditalqinkan. Seperti firman Allah:

((قل هو الله أحد))
Maksudnya: Katakanlah bahawa Allah itu satu (esa).

Dari ayat ini kita fahami bahawa satu di sini sangat penting difahami
kerana di sinilah bermula sesorang itu bersaksi menjadi hambaNya.

Kerana kesatuan hati kepadaNya memberikan kesempurnaan
dan akan menjadikan hati hamba sentiasa sihat dan selamat. Kesihatan
hati (batin) akan dapat diinterpretasikan oleh tubuh badan (zahir). Oleh
yang demikian akan dapat dinikmati dari kedua-duanya kehidupan yang
lebih tenang,aman dan sentosa.

Pada Tahun Baru 2011 ini, di bulan 1 (Januari), dan pada 1 hari
bulan ini, marilah kita bersama menjaga kesihatan diri dan rohani
memandangkan bulan ini juga dikenali dengan Bulan Peperiksaan sudah
tentunya pelbagai masalah akan kita hadapi.

Hanya satu yang kita perlu ketahui bahawa apabila kita
memikirkan sesuatu perkara maka bersegaralah melakukannya agar
kita akan dapat kebaikannya. Seperti firman Allah:

((فإذا عزمت فتوكل على الله))
Maksudnya: Apabila engkau berazam (dan berusaha)
                         maka berserahlah kepada Allah.

Semoga satu pada tahun ini akan memberikan kita bukan
sahaja penambahan satu tahun umur, malah satu tingkat tahun
pengajian, satu kesatuan hati sesama anak Negeri Sembilan dan
Malaysia serta bersatu dalam agamaNya yang diredhai Tuhan Yang Maha
Satu .Amin Ya Rabb.

CENDIKIWAN ISLAM
IBN SINA
Abu Ali Al-Husain Ibn Abdullah Ibn Sina.
Bapa Sejarah Sains yang lahir sekitar
980M/370H di Parsi (Iran kini).
Berasal dari etnik Tajik dan bermazhab
Ismaili wafat pada 1037M/428H.
Penguasaan ilmu dalam Perubatan,
Astronomi,Etika,Logik(Mantiq),Sains,
Teologi(Usuluddin),Matematik,Falsafah,
Metafizik.
Hasil karya seperti al-Qanun fi al-Tibb,
as-Syifa', an-Najat.
Pemikiran diilhamkan oleh Al-Farabi
dan Aristotle.
Pengaruhnya dikembangkan oleh
Omar Khayyam,Ibn Rushd,Thomas
Aquinas,Albertus Magnus.



INFO UBATAN

Nama: Coldact.
Kegunaan: Menghilangkan gejala-gejala
rhinitis alergi dan kesejukan termasuk
hidung tersumbat,bersin,Rhinorrhea,
gatal-gatal dan lakrimasi.Sakit kepala,
demam, dan sakit otot.
Dos: Dewasa-1 kapsul 2 kali sehari.
Pembungkusan : Pek 20 tablet.



AL KALAM
   (العقل السليم في الجسم السليم)
Maksud:
Akal yang Cerdas
     berada pada
Badan yang Cergas

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]