Risalah As-Syifa' Edisi 2.

Exco kebajikan
MAJLIS TERTINGGI PENGURUSAN ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN (MTPANS)

MENARIK MINGGU INI
TIPS UNTUK SIHAT TUBUH BADAN

Rasulullah bersabda :
"Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah”
                                                                                                                       (Hadis Riwayat Muslim)

Bagaimana untuk sihat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut,  antaranya :

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Nabi selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat subuh berjemaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antaranya :

- Mendapat ganjaran pahala dari Allah,
-Kesegaran udara subuh yg bagus untuk memperkuat pemikiran dan mententeramkan jiwa.

2. SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN

Nabi  senantiasa rapi & bersih. Setiap hari khamis atau Jumaat,  beliau mencuci rambut-rambut  halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir rambut dan memakai minyak wangi.

3. KURANGKAN MAKAN

Sabda Nabi Muhammad S.A.W  :

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)"                            
                                                                                                            (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
4. SUKA BERJALAN KAKI

Nabi selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, rongga terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah S.A.W  : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad sahaja tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan ketenteraman jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah :  bila berdiri terus duduk, dan bila duduk terus berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari syaitan dan segeralah berwudhu.
- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegelisahan jiwa.

        Semoga dengan adanya tips ini, seluruh anak-anak Negeri Sembilan Mesir dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian seterusnya menjana ke arah melahirkan mahasiswa-mahasiswa Mesir yang bukan sahaja sihat dari segi fizikal bahkan sihat merangkumi rohani dan jasmani InsyaAllah….Wallahu ‘Alam.

INFO UBATAN



NAMA:    Bronchopphone

KEGUNAAN :
Mengurangkan batuk berkahak, asma bronchitis serta batuk yang berkaitan selsema biasa.

DOS :   dewasa – 1 sudu teh
                               3-4 kali sehari

PEMBUNGKUSAN :
Botol : 125 ml





CENDIAKAWAN ISLAM

AR-RAZI






-Abu Bakar Muhammad bin Zakaria Al-Razi
-seorang tokoh falsafah & perubatan ISLAM   
yang lahir pada tahun 236H/ 850M di Tehran,
Iran wafat 5 Syaaban 313H/Oktober 
925M Baghdad,Iraq.
- digelar The Arabic Gelen di barat.
- Sikap dan pemikirannya dikatakan
  cenderung kepada pemikiran dan teori ahli
  falsafah Yunani kuno seperti Plato.   
- belajar ilmu kedoktoran dengan Ali ibn
  Rabban al-Thabari.    
- ilmu falsafah dengan al-Balkhi.
-penguasaan ilmu dalam bidang falsafah,  
  perubatan & sains, ketuhanan, al-Quran,   
  ilmu kalam, bahasa Arab, fiqh dan usul
  fiqh, geometri, dan sejarah.
- antara hasil karya seperti Kitab al-Hawi,
  al  Mansur, al-Asrar, Al'Thib al-Ruhani.

KATA-KATA HIKMAH

Orang berjaya tidak pernah putus asa sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya

RENUNG-RENUNGKAN & 
SELAMAT BERAMAL ……J


                                    






Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]