Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.... Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1430h anjuran Kedutaan dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) telah diadakan di Dewan Malaysia Abbasiyah, Kaherah pada 1 Syawal 1430h, bersamaan 20 September 2009. Sambutan perayaan itu dihadiri oleh rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Mereka termasuklah para pegawai Kedutaan, pegawai-pegawai JPMK, pelajar-pelajar dan pegawai-pegawai syarikat yang bekerja di Mesir. Sambutan diadakan bermula pukul 6.45 pagi hingga 10.30 pagi. Kehadiran tetamu pada hari tersebut sungguh membanggakan. Sambutan dimulakan dengan bacaan takbir hari raya. Seterusnya, solat sunat aidilfitri yang dipimpin oleh Encik Zainuddin, atase kebajikan, diikuti dengan khutbah Hari Raya yang disampaikan oleh Encik Puzi bin Dahaman, sebagai tanda penghormatan beliau yang telah menamatkan kontrak dan pulang ke Malaysia. Menarinya, ketika sambutan itu, pelajar Negeri Sembilan diberi peluang sebagai pengerusi majlis, Zuhairi bin Ismail. Menu rendang ayam dan rendang daging juga disediakan disediakan pelajar Negeri Sembilan semasa sambutan tersebut. Kumpulan Nada Negeri turut diberi penghormatan membuat persembahan secara langsung pada sambutan tersebut. Pelajar-pelajar Negeri Sembilan yang hadir pulang dengan menaiki 8 buah tremco.

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]