Malam Ambang Syawal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh... Pada 29 Ramadhan yang lalu bersamaan 19 September 2009, telah diadakan Program Malam Ambang Syawal bertempat di Surau RNSK. Majlis bermula dengan solat maghrib secara berjemaah, diikuti dengan solat isya'. Kemudian, bacaan takbir raya oleh pelajar-pelajar Negeri Sembilan. Selepas takbir raya, diadakan tazkirah pengertian syawal selama sejam oleh Ustaz Danial Farhan. Seterusnya ucapan oleh ayah (Pegawai RNSK) yang menyentuh tentang sambutan hari raya kali pertama oleh pelajar-pelajar baru, begitu juga dengan beliau dan isteri. Beliau menasihati pelajar-pelajar agar meneruskan usaha mempertingkatkan ibadah yang dilakukan pada bulan Ramdhan. Harapan beliau, agar usaha tersebut berterusan hingga datangnya Ramadhan yang seterusnya. Beliau turut meberikan beberapa lagi nasihat. Kemudian diadakan persembahan nasyid Nada Negeri yang membawa lagu-lagu baru serta irama yang lebih segar dan kontemporari. Lagu-lagu tersebut disampaikan oleh gabungan munsyid baru dan lama yang mempamerkan persembahan yang hebat sekali. Akhir sekali, salam mahabbah sesama pelajar dan ayah sambil bermaaf-maafan seterusnya jamuan bubur lambuk.

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]