Majlis Badar Kubra

Assalamualaikum W.B.T Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.T,pada bulan Ramadhan yang mulia ini,banyak sejarah-sejarah keagungan Islam telah berlaku dalam bulan ini.Walaupun kita diuji dengan dugaan makan dan minum,tetapi Islam tetap dapat mencatatkan beberapa sejarah untuk kita jadikan iktibar dan pengajaran. Oleh yang demikian,Unit Dakwah dan Tarbiyah akan menganjurkan satu majlis bagi memperingati salah satu peristiwa bersejarah dalam kalendar Islam yang berlaku dalam bulan Lailatul Qadar ini iaitu Badar Kubra. Berikut adalah tentatif program sempena Majlis Badar Kubra ini:- Hari : Isnin Tarikh : 17 Ramadhan/7 September 2009 Tempat :Surau RNSK Waktu : Selepas Solat Asar Aturcara Majlis : -Solat Asar secara berjemaah -Menunggu kehadiran sahabat-sahabat -Bacaan al-Quran -Pengisian tentang Badar Kubra oleh Ustaz Danial Farhan B.Dolmat -Bacaan Madeh -Buka puasa secara berjemaah. Diharapkan kepada sahabat-sahabat agar sama-sama dapat menghadirkan diri dalam majlis yang akan diadakan ini.Semoga kita sama-sama mendapat rahmat,keampunan daripada Allah S.W.T dan semoga kita semua dipertemukan dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan dalam bulan Ramadhan kali ini,insyaAllah.Amin. p/s:-Diingatkan kepada sahabat-sahabat agar terus bersedia untuk berbuka puasa.Harap disampai-sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]