Ifthor Perdana

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.... Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan yang lalu, Rumah Negeri Sembilan Kaherah telah mengadakan sebuah Program Berbuka Puasa Perdana pada 27 Ramadhan 1430h, bersamaan 17 September 2009. Program yang mendapat tajaan pihak Manjalawi ini dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kedutaan seperti Encik Puzi, Pegawai-pegawai JPMK seperti Dr Jamil, Pegawai-pegawai Rumah Negeri, YDP dan wakil-wakil persatuan pelajar Malaysia, anak-anak Negeri Sembilan yang menuntut di Mesir serta Syeikh Asyraff, bilal Masjid Azhar dan sudah tentu, kakitangan pihak Manjalawi. Tetamu hadir seawal jam 5 petang dan selepas asar, majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran 30 juzuk diikuti dengan majlis tahlil dan doa selamat sehingga azan maghrib. Majlis berbuka puasa dimulakan dengan hidangan ringan dahulu, seperti kurma dan kuih-muih yang disediakan oleh pelajar-pelajar Negeri Sembilan. Seterusnya, semua tetamu menunaikan solat maghrib secara berjemaah dan diikuti dengan solat sunat hajat. Kemudian, para tetamu berbuka puasa dengan pelbagai jenis hidangan yang disediakan. Antaranya Nasi Minyak Sri Menanti, Sambal Udang Yamtuan, Dalca Daging Air Mawang, Ayam Bentara Berempah, acar sayur, kambing panggang dan Air Bandung Sri Asahan. Kesemua menu menarik tersebut disediakan oleh anak-anak Negeri Sembilan sendiri dan ditaja oleh Manjalawi serta Rumah Negeri Sembilan Kaherah.Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pelajar-pelajar Perubatan Negeri Sembilan tajaan JPA yang baru tiba di Mesir sehari sebelum program diadakan. Selepas solat isyak, Majlis Khatam Al-Quran diadakan. Semasa program dijalankan, Syeikh Asyraf bermurah hati memberikan hadiah yang berupa buku Khaifiyat Khatam Quran karangan Syeikh Solah Al-Ja'fari kepada tetamu yang hadir. Beliau turut memberikah hadiah berupa manisan untuk moreh. Moreh yang berupa pengat pisang dan manisan yang dihadiahkan oleh Syeikh Asyraf dihidangkan kepada tetamu setelah selesai Majlis Khatam Al-Quran. Akhir sekali merupakan perjumpaan tertutup antara Pegawai Rumah Negeri Sembilan Kaherah, wakil Majlis Tertinggi Pengurusan dengan pelajar-pelajar perubatan tahun 1 tajaan JPA.

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]