JEJAK AULIA' DI BAHNASA 2014
Pada
6 April 2014 yang lepas, Exco Kebudayaan,Kesenian dan Sukan di bawah Majlis
Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir telah menganjurkan satu
jaulah menziarahi maqam para sahabat dan auliya’ di Bahnasa. Peserta
yang menyertai jaulah ke Bahnasa ini seramai 81 orang dengan menaiki dua bas. Perjalanan
menuju ke Bahnasa bermula seawal jam satu pagi. Perjalanan
mengambil masa selama lebih kurang 4 jam untuk sampai ke destinasi. Setibanya di sana, para peserta dengan
diiringi guide tour menunaikan solat subuh secara berjemaah.
Seusai
solat subuh secara berjemaah, para peserta telah melaksanakan majlis tahlil secara
ringkas serta malantunkan qasidah iaitu puji-pujian kepada Rasullullah s.a.w sehingga masuknya waktu dhuha. Setelah itu
para peserta menunaikan solat sunat dhuha secara berjemaah. Ziarah
maqam bermula sekitar jam 7 pagi sehingga jam 11 pagi.
Ketua
rombongan menerangkan serba sedikit tentang kawasan yang bernama Bahnasa ini di
mana kawasan ini tercetusnya peperangan
antara tentera Islam dengan tentera Rumawi yang dikenali Fathul Bahnasa pada
kurun 19 hijrah di bawah pimpinan sahabat Rasullullah s.a.w iaitu Saidina Khalid
bin Abdul Walid. Di antara maqam-maqam yang terdapat di sekitar
kawasan Bahnasa ini adalah maqam Ahli Badar iaitu sahabat Rasullullah s.a.w yang
menyertai peperangan pertama dalam sejarah Islam.
Selain
itu, terdapat juga maqam para sahabat dan para auliya yang lain antaranya
Sidi Ziyad bin Abi Sufyan, Sidi Hasanbin
Soleh bin Zainal Abidin, Saidah Ruqayah,,Sidi Sawadah Al Kanadi Al Bughdadi,,Sidi
Abban bin Uthman,,Sidi Abi Samrah bin Ali Zainal Abidin serta ramai lagi. Dikhabarkan terdapat lebih daripada lima ribu
para syuhada di kalangan para sahabat dan auliya telah di maqamkan di
perkuburan Bahnasa.
Kawasan
Bahnasa ini juga di kenali sebagai Baqi Mesir. Setelah
itu, ketua rombongan membawa kami menziarahi tempat di mana dikhabarkan
berlakunya peperangan antara tentera Islam dengan tentera Rumawi juga dikenali
sebagai “tanah ajaib”. Setelah
selesai menziarahi maqam, kami bersiap untuk berangkat pulang daripada Bahnasa lebih
kurang jam dua petang dan sampai di kaherah dalam jam 6 petang.
Comments
Post a Comment