Majlis Penutupan Rasmi Program QIE / 5S
31 Jan, Jumaat : Tirai bulan Januari 2014 ditutup dengan
gilang gemilang dengan Majlis Penutupan
Rasmi Lawatan Sosial Amalan Persekitaran Berkualiti QIE / 5S MAINS yang telah
berlangsung selama 10 hari. Delegasi MAINS yang seramai 10 orang telah
berkampung di Rumah Negeri Sembilan Kaherah untuk memberi tunjuk ajar dan
mengajar cara-cara yang betul dan sesuai dalam penyusunan barang. Antara
delegasi yang hadir ialah Tuan Haji Nor Azaman Amat bersama sekumpulan
kaunselor dan Encik Azzerul bersama wakil pegawai audit dan pegawai teknologi.
![]() |
Seorang pelajar membersih persekitaran RNSK |
![]() |
Delegasi MAINS membantu para pelajar menceriakan RNSK |
Tuan Haji Abdul Hamid bin Jaman
merasmikan majlis penutupan dan seterusnya ingin mentargetkan rumah anak-anak
Negeri Sembilan yang tinggal di luar RNSK dalam mengadaptasikan amalan 5S
(Susun, Sisih, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal) dalam kehidupan mereka. Majlis
diteruskan dengan persembahan video daripada MAINS yang amat menghiburkan serta
daripada pelajar-pelajar baru Negeri Sembilan yang mendapat pujian daripada
delegasi MAINS. Kumpulan Qasidah Negeri Sembilan juga mengambil kesempatan
untuk memberkati lagi majlis tersebut,
Delegasi MAINS telah menyediakan anugerah bagi setiap
kategori dan diasingkan mengikut jantina. Pemenang-pemenang bagi anugerah
tersebut ialah:
1.
Ruang Tamu Terbaik Lelaki
= Kampung Jiboi (3A)
2.
Ruang Tamu Terbaik Perempuan
= Kampung Sri Asahan
3.
Bilik Tidur Terbaik Lelaki
= Kampung Jiboi
4.
Bilik Tidur Terbaik Perempuan
= Kampung Sri Pilah
5.
Pantry Terbaik Lelaki
= Kampung Jiboi
6.
Pantry Terbaik Perempuan
= Kampung Sri Pilah
7.
Tandas Terbaik Lelaki
= Kampung Pelangai
8.
Tandas Terbaik Perempuan
= Kampung Sri Pilah
9.
Terbaik Keseluruhan Lelaki
= Kampung Jiboi
![]() |
Warga Kg Jiboi |
10.
Terbaik Keseluruhan Perempuan
= Kampung Sri Pilah
![]() |
Warga Kg Sri Pilah |
Majlis untuk penyampaian hadiah tersebut
dilaksanakan dalam tema Anugerah Bintang Popular di mana penyampai anugerah
merupakan dalam kalangan delegasi MAINS dan kepimpinan MTPANSM. Majlis diakhiri
dengan sesi fotografi.
![]() |
Delegasi MAINS bersama pelajar lelaki |
![]() |
Delegasi MAINS bersama pelajar perempuan |
MTPANSM mengharapkan agar anak-anak Negeri Sembilan di
Mesir terus mengamalkan amalan 5S untuk lebih berdisiplin dan selesa sambil
mengejar kecemerlangan di dunia dan akhirat.
p/s: Gambar-gambar lain boleh dilihat di facebook Ukhwah N9
Comments
Post a Comment