LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434


LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434

3 FEBRUARI 2013- Ahad, Exco Dakwah dan Tarbiah Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir telah mengadakan program sambutan sempena Maulidur Rasul s.a.w. yang bertempat di musolla Rumah Anak-Anak Negeri Sembilan. Program ini telah merupakan acara yang wajib diadakan oleh Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak negeri Sembilan Mesir pada setiap tahun. Alhamdulillah pada tahun ini program ini dapat lagi dijalankan seperti biasa.

Pengerusi majlis


Pada sambutan kali ini, Syeikh Sa’ad Sa’ad Jawish telah menjadi undangan untuk memberikan ceramah sempena Maulidur Rasul s.a.w. Program dimulakan dengan solat jemaaah maghrib yang diimamkan oleh al-fadhilatus syeikh sendiri. Lebih kurang ratusan manusia kelihatan telah membanjiri Musolla Rumah Anak-Anak Negeri Sembilan.

Antara para tetamu yang hadir

Seterusnya program dibuka dengan dendangan madeh yang cukup menyentuh jiwa bagi hati-hati yang merindukan Baginda s.a.w. daripada anak-anak Negeri sendiri.

Dendangan madeh
Program diserikan lagi dengan dihiasi ceramah daripada al-Fadhilatus Sheikh Sa’ad Sa’ad Jawish. Beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di kuliah usuluddin. Antara keistimewaan beliau yang jarang ada pada kebanyakan ulama’ lain , beliau sempat berguru dengan Musnid Dunia Syeikh Yaasin Al Fadani dan merupakan kawan kepada Al Muhaddis Sayyiad A’lawi Al Maliki semasa mengambil master. Beliau menceritakan perihal sunnah-sunnah nabi Muhammad s.a.w. yang perlu kita contohi. Beliau juga berasa sangat gembira dengan program yang berlangsung pada malam itu. Program diakhiri dengan pengijazahan hadith Musalsal Al-awaliyah Birrahmah daripada fadhilatus syeikh.


Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]