Jemputan Majlis Penutupan PITT 2012


Assalamualaikum w.b.t..

Kepada pelajar tajaan MAINS yang pulang bercuti di Malaysia, dijemput menghadiri Majlis Penutupan PITT 2012 pada 30 Ogos 2012 hari Khamis jam 9.00 pagi yang akan disempurnakan oleh Y.A.B MB Negeri Sembilan di Klana Resort Seremban. Pakaian Baju Melayu lengkap bagi lelaki, dan pakaian sopan bagi perempuan. ( sekalikan dengan jamuan raya)

Sila maklumkan kehadiran di Pejabat SMATT untuk tempahan meja. Sila hubungi di talian 06-6751903 (Ustazah Syarifah Khalijah, Ustazah Syarifah Munirah dan Ustazah Azma) pada atau sebelum 17 Ogos 2012.  

Untuk majlis tahun ini, pihak SMATT mohon wakil pihak Mesir dan Jordan untuk sediakan teks ucapan. (untuk permohonan bantuan yang diperlukan oleh pelajar). Pihak SMATT mohon dicalonkan seorang wakil pelajar untuk memberi ucapan aluan wakil pelajar tajaan MAINS di Timur Tengah semasa majlis nanti. Tahun ini S.U MAINS tidak berucap untuk beri laluan kepada pelajar.


Harap dapat beri kerjasama secepat mungkin.

Jamuan ditanggung oleh MAINS. 

Sekian.

Wassalam. 

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]