LAPORAN MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BIAH SOLEHAH, KEMPEN MEMBACA DAN SAMBUTAN SANAH HELWA



Pada hari Ahad 8 April 2012 bertempat di Dewan Syeikh Abdul Qadir Jailani, Rumah Negeri Sembilan Kaherah telah diadakan Majlis Perasmian Kempen Biah Solehah 2012, Kempen Membaca dan Sambutan Sanah Helwa. Kempen Biah Solehah 2012 telah dianjurkan di bawah kelolaan Unit Dakwah dan Tarbiah MTPANS (UDT) manakala Kempen Membaca telah dianjurkan di bawah Unit Pendidikan MTPANSM.   Semua  mahasiswa dan mahasiswi  yang tinggal di Rumah Negeri Sembilan Kaherah dan juga rumah-rumah sewa menghadirkan diri sebagai tanda sokongan terhadap program yang dianjurkan. 


Antara hadirin yang hadir

Pengerusi majlis, ustaz Ibrahim 
Bacaan doa oleh Ustaz Haniff

Kempen Biah Solehah 2012 ini bertemakan “ Islam di Hati, Biah diaplikasi”. Objektif kempen ini adalah mewujudkan suasana dan persekitaran yang islamik dalam kalangan anak-anak Negeri Sembilan yang berada di Mesir. Lima prinsip telah dikemukakan sebagai elemen utama sepanjang setahun berjalannya kempen ini.  Prinsip-prinsip  tersebut adalah Memperkasakan  Solat Jemaah, Menjalin Mahabbah dan Mengikat Ukhwah, Pembentukan Akhlak dan Sahsiah, Menjaga Hubungan (mengelakkan IKHLTILAT) dan Pemurnian Media  Teknologi. Majlis dirasmikan oleh wakil Pegawai Kebajikan  Anak Negeri Sembilan, Ustaz Ahmad Badrul Hisyam Shah bin Rafie.


Ucapan wakil pegawai, Ustaz Badrul Hisyam Shah
 
Ucapan Pengarah Kempen Biah Solehah

Ucapan Pengerusi MTPANSM 2011/2012



Kempen Membaca pula dilancarkan oleh Exco Pendidikan sendiri iaitu Ustaz Ali Hussini bin Yahya. Dalam ucapannya, beliau telah memberikan sedikit pendedahan tentang  kelebihan membaca serta memberi galakan kepada mahasisiwa dan mahasisiwi untuk mempergiatkan aktiviti membaca bagi menambahkan ilmu bahkan menjadikan pembacaan sebagai hobi wajib. Bagi memberikan gambaran jelas berkenaan kempen yang dianjurkan, kedua-dua kempen telah diselitkan dengan tayangan video kreatif berkenaan penerangan kempen yang dijalankan. 

Ucapan pelancaran Kempen  Membaca oleh Ustaz Ali


Gimik pelancaran Kempen Biah Solehah

Selamat dilancarkan


Seterusnya majlis telah meraikan anak-anak Negeri Sembilan yang menyambut kelahiran dalam bulan januari sehingga bulan april dalam program “Sanah Helwa”. Setiap anak Negeri yang diraikan telah diberikan sisipan berupa buku kecil. Pada pukul 10.00 malam, majlis diakhiri dengan jamuan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Semoga majlis yang dianjurkan inii memberikan manfaat yang bernilai bagi seluruh anak-anak Negeri.



acara pemotongan kek

wakil akhwat memotong kek

kek yang lazat lagi berkhasiat







Comments

  1. terbaik..semoga majlis-majlis seperti ini dapat diteruskan lagi seiring dengan pergerakan masa mengikut zaman global menjana hati setiap muslim sekaligus menjadi mukmin beriman..Islam dipelajari,Agama ditelurusi,ilmu menjadi amali...papai...

    ReplyDelete
  2. hukhuk... kami difuruk diabaikan.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~BeInIsNeIn~ pelajar di furuk tidak diabaikan, setiap pljr yg berdaftar boleh tuntut cenderahati sanah helwa pada wakil untuk setiap bulan...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]