LAPORAN EXPLORASI SINAI’12
Majlis tertinggi Pengurusan anak-anak negeri Sembilan kaherah di bawah kelolaan,Exco kesenian,kebudayaan dan sukan,telah menganjurkan Jaulah(EXPLORASI SINAI 2012) pada 7 februari-10 februari.bersamaan hari selasa-jumaat..Seramai 100 orang pelajar dari kalangan siswa dan siswi yang mana majoritinya adalah anak negeri Sembilan sendiri..Jaulah ini diadakan selama 4 hari di 3 buah tempat antaranya,SINAI,TABA dan DAHAB.Kami bertolak pada jam 3.00 pg,7februari2012,menuju destinasi yang pertama iaitu taba.Sebelum sampai ke destinasi pertama kami singgah di Sinai rest house bagi menunaikan solat subuh.Kemudian rombongan bas,bertolak menuju destinasi pertama iaitu Taba.Perjalanan menuju ke taba  mengambil tempoh masa yang lama,begitu juga destinasi yang lain.

     

Destinasi yang pertama kami tiba adalah Taba,kawasan yang gersang sekelilingnya,di sana terdapat Qol’ah solahuddin alayubi,untuk menuju ke sana kami perlu menaiki boat(flash boat),qol’ah solahuddin adalah salah satu tempat sejarah yang ternama di seluruh pelosok dunia.selesai melawat qol’ah solahuddin kemudian kami bergerak menuju ke saint Katherine,yang mana merupakan tempat penginapan kami pertama,sebelum kami mendaki jabal musa pada malamnya.kemudian,kami semua dibawa melawat  tempat Wadi arbain,dan kami juga di perlihatkanbatu yang mana keluarnya air disebabkn dari ketukan tongkat nabi musa..satu perkara yang amat menakjubkan.subhanallah.kemudian kami semua bergerak ke tempat penginapan..Pada jam 1pagi kami bergerak ke jabal musa..berkumpul di sana.Dan kira-kira jam 2 pagi kami  semua mula mendaki secara beramai-ramai.Alhamdulillah majoritynya sampai ke puncak jabal musa,apa yang ingin dikatakan,cuaca yang terus berubah mendadak,sehinggakan terpakse menyewa selimut daripada peniaga-peniaga arab di situ.pelbagai kerenah dan ragam dapat dilihat.

Jabal musa merupakan tempat suci di dataran Sinai.Di sinilah Nabi ALLAH Musa a.s berbicara dengan Allah sepertimana yang termaktub dalam alquran.Setelah selesai aktiviti  mendaki jabal musa kami bertolak ke destinasi yang seterusnya,yang paling kami nanti-nantikan,iaitu Dahab..Kami berada di dahab selama 2 hari.Dalam perjalanan menuju ke dahab kami singgah sebentar di makam nabi Harun a.s dan Tempat dimana terdapatnya pantulan lembu samiri.

Kemudian sekitar jam  5.00 petang kami tiba di dahab..Kami menginap di Miami Beach Hotel.Antara aktiviti yang dilakukan di dahab adalah,snorkeling,glass boat,safari(atv),berbasikal dan sebagainya.Ada juga dikalangan siswa,melakukan aktiviti berkuda di persisiran pantai dahab..pantai dahab yang indah lagi menenangkan mengigatkan kami di Negara sendiri,Malaysia.Pada malam hari kami mengadakan aktiviti barbeque,dan setelah itu,kami  dibenarkan untuk mengadakan aktiviti bebas,seperti pergi ke Bandar.Kita boleh dapati pelbagai benda di Bandar dahab,kebanyakan  pelajar membeli sweater dahab.malam yang indah di Bandar dahab,dengan sajian makanan seafood yang murah menambahkan lagi keseronokan kami di sana..Pada keesokannya kami bertolak pulang ke kaherah pada jam sekitar 9.00 pagi dan tiba di kaherah sekitar jam 12 pg.Percutian yang amat menyeronokkan,bukan sekadar bercuti biasa tetapi, kita juga dapat melihat dengan mata sendiri mengenai sejarah2 yang disebut .sebelum ini kita hanya mendengar, kini kita telah melihat sendiri.Subhanallah maha pujian Bagi Allah yang menciptakan segala2nya…moga kita dapat mengambil iktibar dari apa yang kita lihat dan dapat menambahkan lagi thaqofah diri…

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]