7 sunnah Rasulullah


LISANUL HAQ
Edisi Jumaat / 03 FEBRUARI 2012                          Bil: 6
                                                                                       
7 amalan sunnah Rasulullah s.a.w

"Cerdasnya orang yang beriman adalah dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat,yang sekejap untuk hidup yang panjang.Hidup bukan untuk hidup,tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup.Hidup bukan untuk mati,tapi mati itulah untuk hidup."

Kita jangan takut mati,jangan mencari mati,jangan lupakan mati tapi rindukan mati.Kerana,mati adalah pintu berjumpa dengan ALLAH SWT.Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup,tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.


 Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

PertamaTahajjud. kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari .Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan    penuh pemahaman.

KetigaJangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum    melangkah ke mana pun , langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

KeempatJaga solat dhuha . Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima
: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam
Jaga wudhu’ .Terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba yang  berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu  ia akan sentiasa merasa selalu solat walau ia  tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh
: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa , kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada ALLAH.Bila kita kurang bersyukur,maka kita kurang berzikir pula,oleh kerana itu setiap masa harus perlu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran islam lainnya.Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling tinggi nilainya.

*Bersama kita hidupkan sunnah Rasulullah.Moge-moge kite tergolong dalam kalangan hambaNYA yang bersyukur..insyaALLAH..

Exco Dakwah dan Tarbiyah MTPANSM 2011/2012


Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]