PENDAPAT ARTIS TENTANG HUKUM HUDUD


Bismillahhirahmanirrahim....   

Kira-kira beberapa hari yang lepas, tajuk di atas telah dicetuskan oleh salah
sebuah akhbar di Malaysia. Pandangan-pandangan yang lahir daripada beberapa
 orang artis ini telah mencetuskan maklum balas  daripada orang ramai yang
 kebanyakannya menyangkal dan menyalahkan pendapat-pendapat tersebut.
Penulis tidak berniat untuk mengulas panjang tentang isu ini kerana selaku
mahasiswa yang berkualiti pastinya cakna dengan isu-isu terkini atau sebarang
 permasalahan yang melanda tanah air kita iaitu Malaysia. Sekadar
peringatan bersama, hikmah isu ini berlaku mampu untuk membuka
mata kita dan seterusnya bertindak dengan melaksanakan peranan
yang sewajarnya dilaksanakan selaku warganegara dan yang lebih
 menakutkan, tanggungjawab kita yang Allah perhatikan setiap saat  iaitu sebagai
 khalifahNya di muka bumi ini. Antara peranan kita yang penulis ingin
 ketengahkan selaras dengan peringkat kita sebagai mahasiswa dan warganegara Malaysia ialah:

*tuntut ilmu sehabis baik
*belajar memberi penerangan tentang sesuatu hukum/permasalahan bersesuaian
dengan           
   penerima/peringkat orang yang didakwah
*memilih pemimpin yang ahli
*bertanya pada yang ahli
*menjawab persoalan dengan ilmu bukan nafsu

Tahu (mengambil tahu sesuatu isu/ keperluan masyarakat terhadap kita)




menghasilkan

Mahu (mahu melaksanakan peranan diri)
          
        





menghasilkan

Mampu (mampu memenuhi tuntutan masyarakat)





                http://www.facebook.com/SinarHarian
                http://akudansemalam.blogspot.com
                                                                                                                                                                  Waallhua’lam.

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]