MAJLIS PENGHARGAAN DAN KECEMERLANGAN MAHASISWA/WI 2010/2011 NEGERI SEMBILAN SERTA RAMAH MESRA BERSAMA PEGAWAI BARU


                         Berusahalah,jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan lebih baik menjadi paling baik. Semua ini telah dibuktikan oleh graduan akhir Universiti Al-azhar, Kaherah yang mana telah berjaya menamatkan pelajaran masing-masing dengan jayanya. Alhamdulillah,pada 13 Oktober 2011, Exco Kesenian,Kebudayaan dan Sukan Majlis Tertinggi  Pengurusan dengan kerjasama Rumah Negeri Sembilan Kaherah berjaya menganjurkan salah satu Program Mega  Rumah Negeri Sembilan iaitu Majlis Penghargaan dan Kecemerlangan Mahasiswa/wi 2011 Serta Ramah  Mesra Bersama Pegawai Baru untuk meraikan kejayaan mahasiswa yang telah berjaya dalam peperiksaan.

                         Bertemakan “Melestari Apresiasi, Memartabat Mahasiswa”, majlis ini mensasarkan beberapa objektif yang jitu. Antaranya meraikan dan menghargai para mahasiswa dan mahasiswi yang telah mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Kedua, menjadi pendorong kepada mereka yang kurang berjaya untuk lebih berusaha . Sekaligus, menanamkan rasa cinta terhadap ilmu. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk memperkenal dan memperkukuh hubungan sedia ada antara pegawai dan mahasiswa Negeri Sembilan,berikutan kedatangan pegawai baru,Tuan Haji Abdul Malek bin Kahar.

                        Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancarnya tepat jam 7.30 malam dengan kehadiran anak-anak Negeri Sembilan dan tetamu jemputan diikuti dengan perarakan masuk VVIP dan graduan akhir. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-quran dan doa, seterusnya disusuli dengan ucapan aluan pengarah program, Saudara Muhammad Faizul Akmal bin Zainuddin, serta ucapan wakil graduan akhir, Ustaz Mohd Khairil bin Roslan. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pegawai Khas Kebajikan Anak Negeri Sembilan,Tuan Haji Abdul Malek bin Kahar dan ucapan perasmian oleh Pengarah Education Malaysia Mesir, YBhg Prof. Madya Dr.Hj Sua’di bin Dato’Hj.Safei.

                    Majlis penyampaian hadiah berjalan lancar dengan dipengerusikan oleh Saudara AzmanSyah bin Alias yang petah berkata-kata dalam tiga bahasa. Seterusnya, Persembahan Nasyid Nada Negeri, Cabutan Bertuah dan Sanah Helwa menambahkan lagi seri majlis tersebut . Majlis berakhir kira-kira jam 11 malam diakhiri dengan sesi fotografi.
           
              Ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pengarah Program dan barisan Ahli
Jawatankuasa Pelakasana yang menjayakan program ini dengan jayanya dalam tempoh yang begitu singkat.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian,bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 160 yang mana mafhumnya,“Barangsiapa berbuat amal kebajikan,mendapat balasan sepuluh kali ganda amalnya.”



ARMA

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]